Hiburan
DJ Lin Belum Sedia Jumpa Tyzo - "Kalau Nak Berurusan Biarlah Dengan..."
Penyampai radio dan Pengurus Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin belum bersedia untuk bertemua empat mata dengan Tyzo Xander.
BERITA TRENDING: Tyzo Sedia Berdamai, Namun Meletakkan Kesalahan Pada Bahu…
Jelas DJ Lin, segala urusan berkaitan dengan bekas penyampai radio Suria FM itu hanya perlu melalui pengurusan tertinggi."Kalau dia nak berurusan pun biarlah Tyzo dan pihak pengurusan Suria FM saja, bukan dengan saya," katanya ringkas pada sidang media baru-baru ini.
PILIHAN PEMBACA: Tyzo Jelaskan Kisah Sebenar Di Sebalik Kata-Kata: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini”
Sementara itu, ditanya mengenai tuduhan netizen yang mengatakan DJ Lin dengki dengan kejayaan Tyzo selepas menewaskannya dalam kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 pada Julai tahun lalu, DJ Lin menafikan fitnah itu."Saya rasa dengki itu tidak ada. Dalam menentukan barisan nama bukan keputusan saya seorang. Segala keputusan dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi.
"Sebenarnya selepas berakhir anugerah itu saya mengarahkan staf saya untuk mempromosikan kejayaan Tyzo di media sosial kerana kami amat bangga dengan hasil kejayaan produk kelahiran Suria FM.
"Malah saya juga ada meminta kakitangan untuk menganjurkan majlis kejutan sempena kejayaannya dan buktinya masih ada di platform media sosial Suria FM.
"Selain itu, saya juga masih menyimpan ucapan kejayaan kepada Tyzo yang memenangi anugerah itu. Kalian boleh lihat, saya tak padam lagi," katanya.
BERITA TRENDING: "Tyzo Macam Adik Saya Sendiri" - DJ Lin
Must-Watch Video