Aktor kacak Aeril Zafrel mahu memberikan sumbangam berbentuk wang kepada warga negeri Sabah terutamanya mereka yang berada di zon merah.

Aeril mengumumkan perkara terbabit menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

“Orang Sabah yang terkesan dengan COVID-19, zon merah terutamanya. Yang perlukan bantuan sila DM sekarang.

“Siap-siap bagi nombor akaun ya,” tulis Aeril di hantaran tersebut sebentar tadi.

Siap2 bg account no ya ?...

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Hal ini berikutan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di Sabah sehingga 15 daerah diisytiharkan zon merah iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tuaran, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar, Kota Belud, Keningau, Tambunan, Beaufort dan Ranau.

Di ruangan komen, ramai selebriti dan wargamaya memuji usaha Aeril sekeluarga dalam membantu meringankan beban mereka yang terjejas.

“Alhamdulillah bagus Aeril dan Wawa. Semoga Allah murahkan rezeki kalian sekeluarga. Bangga jadi orang Malaysia,” tulis pengacara Nadia Annuar.

Allah bless you and the family,” kata penyanyi Faizal Tahir.

Alhamdulilah, terbaik bos. Semoga Allah gantikan rezeki yang berlipat kali ganda, amen,” komen seorang wargamaya.

Terbaik Aeril, bantuan anda sangat mereka perlukan. Sikit sebanyak mampu tolong diorang,” puji seorang wargamaya.

Boleh DM kan. Saya dari Tawau, bahagian pedalaman. Sini banyak juga mahu minta bantuan,” luah seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Aeril dan isterinya pelakon Wawa Zainal, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa dan Aya Soffya.