LAMAN UTAMA
“Doakan Anak Sulung Saya…” - Elisya Sandha Hamil, Suami & Sheila Rusly Menangis Bila Dapat Tahu
Pelakon Elisya Sandha akhirnya mendedahkan dirinya kini hamil tujuh bulan.
Berita gembira itu dikongsi Elisya menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya semalam.
Video tersebut merakamkan momen manis Elisya saat memberitahu berita itu kepada suami, ibu dan juga ibu mentuanya yang merupakan pelakon Sheila Rusly.
Tidak dapat menahan sebak, suami Elisya dan juga Sheila menangis sebaik sahaja melihat kejutan pada alat ujian kehamilan yang diberikannya.
“Aku bersyukur atas rezeki yang Kau kurniakan kepada aku. Video ini amat bermakna buat saya. Momen manis seperti ini tidak akan dapat di mana-mana.
“Kepada mereka yang sedang skrol atau membaca kapsyen ini, boleh tak sekiranya anda meluangkan sedikit masa dan doakan anak sulung saya ini.
“Saya juga mendoakan semua wanita dapat merasai pengalaman yang sama. Alhamdulillah,” coretnya.
Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha, 22, mendirikan rumah tangga dengan Uzair Hakimy pada 21 Ogos 2021.
Must-Watch Video