,
Laman Utama

“Doakan Kesembuhan Abah Di ICU” - Ibu Bapa Positif COVID-19, Dayah Bakar Mohon Doa Orang Ramai

Azwa Rahman
04/08/2021
02:45 MYT
Pengacara Dayah Bakar memohon jasa baik wargamaya untuk mendoakan kesihatan ibu dan bapanya yang disahkan positif COVID-19.
Menurut Dayah, bapanya kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital selepas positif virus tersebut pada lima hari yang lalu.
“Pohon semua untuk doakan kesembuhan abah saya, Haji Abu Bakar Johar yang berada di ICU sekarang. Juga untuk doakan mak saya, Halimatul Kamaliah Abdul Rahim untuk sembuh sepenuhnya.
“Your doa means a lot to me and my family. Thank you so much. May Allah bless you fo your kindness,” tulis Dayah di ruangan kapsyen foto.
Menerusi ruangan Instagram juga, Dayah berkongsi sekeping foto bersama bapanya serta sebuah video bersama mereka.
Tambah Dayah, dia berasa sedih namun mencuba yang terbaik untuk memberikan senyuman dan sokongan moral pada ibu dan bapanya.
“Memang rasa sedih sangat dan buat Dayah tak keruan untuk beberapa hari. Honestly, i'm not feeling okay, but i'm trying my best to smile and give moral support to my parents,” jelasnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat ibu bapa Dayah serta untuknya terus kuat.
Stay strong babe, semoga semuanya dipermudahkan. Amin,” kata pelakon Sherry Ibrahim.
Ya Allah, berilah kesembuhan pada ayahanda sahabat saya,” doa penyampai radio Hefny Sahad.
Ya Allah paling takut bila orang tua ICU Covid. Arwah abah saya pergi sebab Covid baru-baru ni. Saya doakan ayah Kak Dayah beransur pulih ya,” luah seorang wargamaya.
Semoga pakcik diberi kesembuhan dan pulih seperti sedia kala, amin,” tulis seorang wargamaya.
Syafakillah untuk abah kak Dayah. Insyallah he’s a fighter, he can go thru this. I will pray for him too, amin,” komen seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.