Hiburan

"Doakan Yang Baik-Baik..." - Hael Buka Mulut Hubungan Akrab Dengan Dayang, Sebenarnya....

Zulaikha Yusof
11/11/2019
05:06 MYT
Penyanyi dan komposer Hael Husaini akui keakraban hubungannya bersama penyanyi Dayang Nurfaizah hanya berlandaskan faktor kerja.
Jelas Hael, Dayang banyak membantu memudahkan urusan kerjayanya jika mereka bekerjasama.
"Kami hanya melakukan tugas sebagai penyanyi dan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik. Hubungan kami masih berlandaskan profesional.
"Sebenarnya, secara peribadi, saya selesa dengan Dayang malah dia banyak membantu memudahkan urusan kerja setiap kali diperlukan.
"Saya tidak berani meramalkan masa depan. Doakan sahaja yang baik-baik,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelantun lagu Hajat ini akui tidak berfikir panjang menawarkan kepada Dayang untuk menjadi pasangan duetnya dalam single Hari Ini.
"Projek itu memerlukan saya menyanyi bersama pasangan duet.
"Saya tidak fikir panjang dan terus memilih Dayang kerana kami sudah serasi.
"Memang ada yang bertanya, kenapa kami tidak merakamkan lagu baharu.
"Perkara itu masih dalam perancangan dan Insya-Allah, akan ada projek kami bersama lagi selepas ini," katanya lagi.
Hari Ini versi duet telah dipilih sebagai lagu tema program Mahligai Cinta selain akan menemui penonton menerusi portal digital terbaru, www.mahligaicinta.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

gempak
18/07/2024
11:55 MYT
Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, dia menyifatkan pembabitannya sebagai salah seorang juri adalah tertarik dengan konsep program yang mengetengahkan bakat baharu.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Cabaran Bermula, Ini Senarai Lagu Minggu Pertama Menanti 30 Peserta

gempak
16/07/2024
13:25 MYT
Membuka pentas minggu pertama dengan tema Tik & Tok, 30 peserta bakal berduet dalam menampilkan kehebatan masing-masing.
Hiburan

“Saya Sihat” - Tampil Cengkung Sejak Akhir-Akhir Ini, Dayang Nurfaizah Akui Tidak Amal Diet Ekstrem

gempak
06/03/2024
12:25 MYT
Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui tidak pernah menjalani sebarang diet ekstrem, gara-gara penampilannya yang lebih kurus berbanding sebelum ini
Hiburan

Hael Husaini, Putera Muhammad, Irfan Haris, Mawi Menanti Keberkatan Ramadan

gempak
05/03/2024
05:10 MYT
Apa kata artis sempena kedatangan Ramadan.