Laman Utama

“Doktor Bagitahu Otak Saya Bengkak Sikit, Saya Hilang Ingatan Sekejap” – Fazli Zainal

gempak
Fiza Kamarudin
07/11/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Doktor Bagitahu Otak Saya Bengkak Sikit, Saya Hilang Ingatan Sekejap” – Fazli Zainal
Penyanyi, Fazli Zainal memberitahu, doktor memaklumkan otaknya bengkak sehingga mengalami kehilangan memori jangka pendek (short term memori loss).
Fazli, 43, mendedahkan tentang perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram (IG)nya semalam.
“Doktor bagitahu otak saya bengkak sikit semalam (Jumaat). Mungkin stress fikir fasal banyak kerja tiba-tiba.
“Tapi Alhamdulillah saya tak apa-apa. Insya-Allah doktor akan merawat saya dengan baik. Semalam saya hilang ingatan sekejap,” katanya.
Penyanyi lagu Harapan itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan di Shah Alam selepas tekanan darahnya naik mendadak, pada malam Jumaat.
Tambah Fazli, doktor turut memberitahu dia mengalami simptom awal angin ahmar.
“Tanda-tanda mild stroke peringkat awal kalau tak dikawal. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang keadaan diri saya,” katanya.
Sebelum ini Fazli pernah dirawat di Hospital Ampang pada 31 Julai lalu selama 29 hari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024