Berita
“Doktor Kata Ibu Hanya Boleh Hidup 6 Bulan Hingga 1 Tahun Tapi...”- Ibu Roslan Shah Hidap Kanser Perut Tahap 4
Pelakon dan pengacara Roslan Shah akui sedih apabila ibunya, Mariam Kari disahkan menghidap kanser perut tahap empat.
Roslan yang mesra dengan panggilan Cik Lan berkata, apa yang lebih memilukan dirinya apabila doktor menjangkakan ibunya hanya boleh hidup dalam jangka masa enam bulan hingga satu tahun lagi.
"Doktor beritahu ibu tercinta Cik Lan hanya boleh hidup enam bulan hingga setahun kerana ada kanser perut stage 4 yang doktor dapat kesan.
"Tetapi bagi Cik Lan Allah yang menentukan ajal maut urusan Allah, yang penting Cik Lan kene kuat dan selalu berdoa untul ibu tercinta,” tulisnya.
Cik Lan berkongsi berita menyedihkan itu di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut mendoakan agar segala urusannya dipermudakan serta diberi keajaiban buat kesihatan ibunya.
Difahamkan, ibu Cik Lan sudah lama terlantar sakit di hospital dan dia memikul tanggungjawab menjaga ibunya.
Must-Watch Video