Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah kembali ke White House selepas menjalani rawatan di Pusat Perubatan Nasional Walter Reed pada Isnin.

Memetik laporan CNN pada 5 Oktober 2020, Trump telah menjalani rawatan di hospital tersebut selama 72 jam.

Menerusi Twitter pula, Trump cuba mengajak orang ramai untuk tidak takut akan penyakit yang telah mengorbankan lebih 200,000 rakyat Amerika Syarikat itu.

"Jangan takut dengan Covid, jangan biarkan ia mendominasi hidup anda," tulis beliau beberapa jam sebelum keluar dari hospital.

Difahamkan, Trump juga telah menerima amaran daripada pihak doktor mengenai tahap kesihatannya itu.

Sebaik sahaja tiba di White House, Trump kelihatan membuka pelitup muka yang dipakai sebelum itu.

Bagaimanapun, pakar perubatan Trump, Dr. Sean Conley mengatakan keselamatan semua kakitangan White House akan dipantau serta dilindungi sebaik sahaja kembalinya presiden tersebut.

Terdahulu, Trump pada 2 Oktober 2020 telah mengesahkan beliau dan isteri, Melania Trump telah dijangkiti wabak COVID-19 menerusi akaun Twitter rasmi miliknya.

BACA : Donald Trump & Isteri Disahkan Positif COVID-19

Sumber & Kredit Foto : CNN