Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: "Persembahan Terburuk Saya" - Zahid Mohon Maaf Dengan Peminat

GV Fantasia: "Persembahan Terburuk Saya" - Zahid Mohon Maaf Dengan Peminat

Sekilas

  • Zahid mengakui persembahannya pada minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia adalah yang terburuk sepanjang kariernya dan memohon maaf kepada peminat.
  • Juri Tok Ram menegur tenaga dan vokal Zahid yang kurang memuaskan tetapi memuji sikap profesional dan ketenangannya di atas pentas.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan siaran langsung setiap Ahad di Astro Ria dan platform digital Astro GO serta sooka.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Zahid mengakui persembahannya pada minggu pertama merupakan aksi terburuk sepanjang penglibatannya sebagai penyanyi.

Tidak mahu memberi sebarang alasan, Juara Akademi Fantasia musim kedua itu memohon maaf kepada peminat yang menyokongnya.

Advertisement

"Saya susun sepuluh jari untuk persembahan semalam. Memang lain macam pentas GV, tetapi Tok Ram cakap tiada alasan. Ya, betul!

"Sebagai seorang penghibur, persembahan semalam adalah yang terburuk daripada saya. Saya juga tidak malu untuk mengakui bahawa itu adalah kesalahan saya sendiri," tulisnya.

Dalam masa sama, Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada penyanyi, Cat Farish yang menemaninya sepanjang persembahan tersebut.

Advertisement

"Terima kasih Cat Farish kerana menemani saya semalam. Respect!" ujarnya.

Terdahulu, Tok Ram ketika memberikan komen terhadap persembahan Zahid turut menegur aspek tenaga dan vokal penyanyi itu yang dilihat kurang memuaskan.

Bagaimanapun, juri berkenaan memuji sikap profesional Zahid yang sentiasa tenang, matang dan bersedia ketika berada di atas pentas.

“Semput tu tadi awak menyanyi, awak matang, tenang dan sentiasa bersedia atas pentas, attitude sebegitu bagus, tapi bunyi pun penting juga.

“Tenaga awak macam tak cukup, bukan tak ready. Jiwa pentas masih ada. Saya suka lagu versi fresh,” katanya.

Untuk info, GV Fantasia musim ini menghimpunkan juara serta alumni AF termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Program berkenaan dikendalikan trio pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, manakala kerusi juri dibarisi Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

CelcomDigi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Berlangsung selama 11 minggu, GV13 bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria, saluran 104, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Penonton juga boleh menyaksikan program tersebut menerusi aplikasi Astro GO dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement