Laman Utama

Dr. Erin Buka Cerita Cerai Dengan Bekas Suami Kasanova - "Dia Kantoi Ada Affair, Tangan Kita Yang Tercabut"

gempak
Amri Hassan
06/08/2021
04:58 MYT
Sponsor Banner
Dr. Erin Buka Cerita Cerai Dengan Bekas Suami Kasanova - "Dia Kantoi Ada Affair, Tangan Kita Yang Tercabut"
Bekas isteri Da'i Farhan, Dr. Erin tampil mendedahkan kisah sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya bersama salah seorang bekas suaminya terdahulu.
Menerusi hantaran di Instagram, kata Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, dia terpaksa mengorbankan rumah tangganya bagi mengelakkan nyawanya dan anak-anak terancam.
"Terpaksa menjandakan diri. Ramai yang kata saya ni perempuan tak baik sebab kahwin banyak kali, saya takkan buka bab perceraian saya yang lain-lain sebab menghormati keluarga bekas-bekas husband saya yang semuanya baik-baik dan memahami kenapa saya bercerai secara baik dengan anak-anak depa.
"Bukan sebab orang ketiga cuma masalah yang boleh membahayakan nyawa saya dan anak-anak, itu je saya nak komen," katanya.
Dedah Erin yang juga perawat neurofisiologi, perkahwinannya bersama seorang dua anak dua mulai retak apabila kiriman mesej aplikasi WhatsApp skandal suaminya ketika itu secara tidak sengaja terkantoi.
"Pendek cerita lepas seminggu akak nikah dengan duda ni, dia kantoi WhatsApp skandal masuk depan akak ketika anak OKU main telefon bapa dia.
"Jadi akak pun bacalah nak ambil tahu sangat. Tapi akak tanya je pun kat dia kenapa kahwin dengan akak kalau tak puas mencari perempuan lagi? Akak pun merajuk la sat nak balik jumpa mama.
"Masa akak balik kampung tu dia perburuk akak kat mak dia sebijik macam dia tuduh bekas bini dia dulu tu. Dia kata kat mak dia akak ada laki lain sebab tu balik Penang.
"Lepas dah sejuk, akak balik rumah mentua tapi mentua tak nak tengok muka akak. Masa tu akak hairan napa mak dia ni, dulu baik je dengan aku takkan sebab aku balik Penang nak marah macam ni. Lepas tu suami call kata mak tak nak tengok muka akak lagi.
"Mak dia duk suruh anak dia cerai akak dah anak dia kata akak bini curang. Jadi, mak dia tuduh akak bagi nasi kangkang kat anak dia sebab tu anak dia susah nak tinggal akak.
"Jadi, mak ni sampai 'berpedang-pedang kain kuninglah', punya nak kami bercerai. Akak suruh dia balik pada mak dia, cukuplah akak kehilangan mama akak tapi takkan sanggup hilang anak-anak dengan cara tu demi pertahankan rumah tangga puaka ini," ceritanya.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan di Instagram juga, Erin memuatnaik foto tangan yang berbalut selepas insiden kantoi mesej skandal.
"Dia yang kantoi ada affair dengan bini dan janda-janda, bila kita tanya je pun tangan kita yang tercabut. Bertuah laki ni dapat bini tak melawan," katanya.
Erin pada masa sama menunjukkan bukti-bukti perbualan bekas suaminya bersama beberapa individu lain termasuk individu yang difahamkan sebagai bekas isterinya terdahulu.
Menerusi perkahwinannya dengan bekas suaminya itu, Erin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Justeru, kata Erin lagi, dia tidak kisah seandainya perlu menjadi janda berkali-kali sekiranya perkahwinan itu membawanya ke neraka.
"Bukan saja-saja orang nak jadi janda, tapi kalau perkahwinan tu bawa kita ke neraka, saya tak kisah jadi janda berkali-kali. Janji Allah reda. Jangan kita takut dengan kecaman orang, yang kecam tu pun level langau je.
"Bangun dan bangkit untuk cari syurga kita anak-beranak. Ada jodoh kahwin lagi jangan tak kahwin, rugi," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024