Seorang pegawai medik, Dr Khairul Hafidz menyelar sebuah drama pendek yang di muatnaik di aplikasi TikTok kerana babak tersebut dianggap merendahkan etika petugas kesihatan.

Difahamkan drama tersebut sedang menayangkan babak beberapa pegawai medik yang sedang gigih merawat pesakit ditimpa kemalangan.

Menerusi hantarannya di platform X, Dr tersebut menulis beberapa senarai komen pedas yang mengkritik babak drama tersebut.

"’Jangan ganggu kerja kami’. Orang tu tanya mana wad kecemasan je pun. Nurse tengah buat kerja apa tu?

“Dialog yang merepek dan merendahkan staff nurse.

“Bunyi straight line, panggil Dr, Dr pegang-pegang terus kata kena buat pembedahan. Resusitasi tak dibuat. Guna panduan mana ni?,” kritiknya.

Dalam pada itu, netizen turut bersetuju dengan kritikan Dr ini dan turut membidas kualiti drama Melayu tersebut.

"Kenapa rasa macam dorg tgh main pondok-pondok eh?

"Dah tiba masanya Drama Malaysia upah doctor untuk jadi penasihat dalam drama mereka. Niatkan supaya penonton tak ditipu dan boleh create awareness.


Berita Trending: "Jangan Cepat Menghukum, Kami Tidak Support…” - Bros Gang Ulas Isu Jemput 'Hot Daddy'

“Jenis bodoh sombong doc. Kalau ikut nasihat orang dalam bidang mesti nampak real.

“Di Malaysia ni, apa segala filem mana ada nak buat kajian pun.

“Hmm menahan sabar aku tengok sinetron ni walau dia kejap macam ni,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah menerima sebanyak 1.4 juta tontonan di platform X.