Hiburan

Dr. Say Kantoikan Baby Bump Siti? - "Itu Sandal Kegemaran TokTi Ketika Mengandungkan Aafiyah Dulu"

Amri Hassan
06/10/2020
01:50 MYT
Setelah hampir dua bulan tidak berkongsi foto penuh, peminat akhirnya dapat melihat keadaan terkini penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui akaun instagram doktor selebriti, Dr. Say Shazril baru-baru ini.
Menerusi entri terbaharu yang dimuat naik di laman Instagramnya, Dr. Say berkongsi momen bertemu dengan Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa di kediaman mereka.
Secara tidak langsung, foto itu menceritakan keadaan sebenar Siti yang secara tidak langsung juga seperti mengiyakan dirinya kini sedang berbadan dua.
Peminat yang menyambut baik keadaan Siti itu turut mendoakan selain menghormati prinsipnya untuk tidak terlalu berkongsi khabar terbaharu terutama berkaitan dengan kehamilan kedua beliau.
"Macam ada baby bump. Tengok sandal tu pun dah kenal, sandal kegemaran TokTi ketika mengandungkan Aafiyah dulu. Doakan semua baik-baik dan dipermudahkan," tulis salah seorang pengguna.
"Kantoi dah lah, TokTi dah lama tak post gambar full doktor pula pergi kongsikan," tambah pengguna lain.
"TokTi preggy ya. Pecah rahsia," sahut pengguna lain pula.
Sementara itu, Dr. Say turut berkongsi momen indah bertemu dengan penyanyi kesayangan ramai itu dan berkesempatan menyanyi bersama beliau.
"10 hari lepas Datuk K ajak saya berjumpa di pejabatnya. Semalam, beliau mengajak saya ke rumahnya.
"Semalam, saya menyaksikan beliau menyanyi live di hadapan saya. It’s funny how life can be.
"One moment you’re at home playing with your son, the next moment you are hanging out with the big guns.
"Anyway last night was a night to remember. Selama ni saya karok dalam bilik air dan dalam kereta menyanyikan lagu Ace ja, tapi semalam saya mendendangkan serangkai lagu untuk Malaysia’s Number 1 singer peeps," cerita Dr. Say teruja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

gempak
23/07/2024
02:55 MYT
Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.
Hiburan

Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

gempak
05/07/2024
04:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, melakar sejarah yang tersendiri apabila ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Sabtu ini.
Hiburan

Umai Mendonia! Bawa Nama Malaysia Ke WCOPA 2024 Di US Dengan Lagu Cindai, Netizen Terpegun - “Merdunya Suara, Flying High Macam Makcik Awak”

gempak
03/07/2024
07:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, telah mewakili Malaysia dalam kejohanan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27.
Viral

"Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?

gempak
06/06/2024
07:57 MYT
Wanita yang pernah dibantu oleh dermawan terkenal, Ebit Lew iaitu Mondy Tatto berkongsi perkembangan terkini dirinya.
Hiburan

“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

gempak
23/04/2024
07:55 MYT
Kalau ada rezeki, ada.