Rapper sensasi, Drake kehilangan RM2.5 juta yang dipertaruhkan sebagai ganjaran dalam perlawanan bola sepak antara Barcelona dengan Real Madrid yang berlangsung awal minggu ini.

Drake bertaruh Barcelona akan menang menentang Real Madrid dalam liga El Clasico. Namun takdir berkata lain. Real Madrid telah menumpaskan Barcelona dengan jaringan 3 berbalas 1 gol.

Kemenangan ini menjadikan Real Madrid kekal di tangga teratas dalam Liga Sepanyol ini.

Namun, ia mungkin menjadi kekecewaan besar buat Drake apabila wang pertaruhan yang bukan sedikit itu lebur kerana Barcelona tewas.



Malah ada dalam kalangan penyokong Real Madrid dan warganet yang tahu mengenai pertaruhan yang dibuat bertanya mengenai keadaan Drake sama ada dia menangis atau tidak kerana kehilangan sejumlah duit yang banyak begitu sahaja.

Tidak hanya itu, ada juga penyokong sukan tersebut menyifatkan Barcelona menjadi pasukan terbaharu yang menerima nasib malang yang dibawa oleh Drake.

Seperti dilaporkan media antarabangsa, ini bukan pertaruhan pertama Drake dalam arena sukan. Sebelum ini, dia juga pernah bertaruh wang yang cukup besar dalam pertarungan tinju.

Foto: Clutch Point