,
Berita

Dream FM Bantu Penyanyi Tempatan Secara Percuma Di Platform Digital Selama 24 Jam

Elrafaei Sapi
06/08/2018
13:36 MYT
Ramai penyanyi tempatan khususnya indie berdepan situasi sukar apabila lagu mereka tidak dimainkan di stesen radio sehingga muncul platform radio dalam talian, Dream FM yang membantu mempromosikan lagu mereka secara percuma.
Menurut Ketua Pegawai Operasi, Dream Music, Hadi Hassan, masalah sedemikian bukan saja membabitkan artis indie tapi penyanyi senior yang sudah mempunyai nama gah menerusi lagu popular tapi tidak dimainkan kerana alasan stesen radio tidak memainkan lagu baru daripada penyanyi legenda.
"Persoalan timbul, ke mana mereka nak pergi dengan lagu baru tersebut? Sebagai satu jalan penyelesaian, wujud Dream FM yang memperjuangkan lagu ciptaan komposer tempatan," katanya kepada Astro Gempak.
Ujarnya, aplikasi ini mempunyai fungsi butang 'like' dan 'unlike' yang membolehkan pendengar mengundi lagu itu.
"Kriteria lagu yang dimainkan mestilah ciptaan komposer Malaysia tapi nyanyian tidak kisah sama ada orang luar.
"Syarat lain juga lagu ini perlu mempunyai kualiti rakaman di studio di mana liriknya tidak mengutuk agama lain atau berbaur politik dan tidak mempunyai perkataan lucah.
"Keempat, penyanyi itu mesti masuk konti iaitu setiap Rabu dan Khamis ada secara langsung di Dream Live iaitu sesi interview untuk mempromosikan lagu mereka," katanya.
Jelasnya, Dream FM juga menyediakan perkhidmatan percuma untuk lagu baru dipasarkan menerusi platform digital seperti spotify termasuk khidmat nasihat untuk komposer menyertai Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) manakala penyanyi bersama Recording Performers Malaysia Berhad (RPM).
"Kami memberi jaminan lagu mereka akan dimainkan sekurang-kurangnya sebulan. Lagu dalam sistem tak boleh melebihi 50 lagu.
"Jika satu lagu mengambil masa dalam 3 hingga 4 minit bermakna 1 lagu akan dimainkan dalam 4 kali sehari," katanya.
Menariknya, radio digital yang boleh dimuat turun menerusi aplikasi App Store dan Android ini beroperasi selama 24 jam tanpa henti dan tiada iklan.
Dream FM adalah dibawah naungan Pengarah Urusan, Datuk Mohd Fauzi Zakaria
Bagi artis yang mendapat 'like' banyak sehingga masuk dalam Carta Top 15, lagu itu akan dikekalkan selama sebulan dan lagu yang bertahan selama 3 bulan berturut-turut akan dimasukan dalam kempen nada dering.
"Ia menjana pendapatan buat komposer dan penyanyi manakala peminat juga berpeluang menang pelbagai hadiah apabila memuat turun nada dering tersebut," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pengasas Produk Buat Lagu, M. Nasir; "Merosakkan Industri Atau Tidak, Saya Rasa ..."

gempak
30/12/2021
09:40 MYT
Perkembangan teknologi cetus perubahan...
Laman Utama

"Dia Bukan Artis, Bukan Juga Instafamous" - Zynakal Target Kahwin Pada...

gempak
29/12/2021
04:37 MYT
Semoga semuanya dipermudahkan...
Laman Utama

Komposer Kontroversi Namewee, Zynakal Antara Yang Merangkul Anugerah MACP Tahun Ini!

gempak
28/12/2021
11:34 MYT
Komposer kontroversi Namewee melakar kejayaan apabila berjaya merangkul anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak buat pertama kalinya dalam Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2021 yang berlangsung di The Bee, Publika Kuala Lumpur pada Selasa.
Berita

Hapuskan MP3, Bayaran YouTube Pada Artis Lebih Bagus

gempak
19/12/2018
11:07 MYT
Berita

Lagu Tanggal 31 Ogos Bersifat Universal Diterima Semua Bangsa

gempak
07/09/2018
12:54 MYT
Unitar