Aplikasi strim muzik popular, Joox telah meraikan ulangtahun ketiga menerusi Tremendous Joox Live Concert pada Sabtu lalu.

Bertempat di Plenary Hall, KLCC, konsert itu menampilkan barisan penyanyi popular antaranya Dayang Nurfaizah, Akim & The Majistret, Aziz Harun, Ismail Izzani, Joe Flizzow dan ramai lagi.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan Tremendous Joox Live Concert, kami senaraikan momen-momen terbaik untuk anda.

1. Aziz Harun membuka pentas dengan lagu Senyum, Jangan dan cover song That's What I Like. Tetap dengan trademark bermain gitar sambil menyanyi. Sempoi!

2. Bintang muda Ismail Izzani mencuri tumpuan gadis-gadis yang datang ke Tremendous Joox Live Concert. Sakit mata tak menghalang menyanyi itu memberikan aksi lincah dan bertenaga.

3. Uriah See mungkin nama asing dalam industri muzik Melayu namun penyanyi berbangsa Cina ini berjaya mencuri hati audiens dengan lagu Dimata Mu (Sufian Suhaimi). Lain macam wei!

Thank you @joox_my for the Tremendous Concert last night ❤️ Are you in the video? Tag yourself in the comments! ? 2️⃣ post - Singing “Di matamu” LIVE for the first time!

A post shared by Uriah See 徐凯 (@uriahsk) on



4. Risau mula-mulanya apabila Farisha Irish yang popular dengan lagu Tak Malu menyanyikan lagu viral Semakin (Siti Sarah). Tapi, jangkaan itu meleset apabila gadis genit itu berjaya memukau khalayak dengan vokal tinggi dan powerful.

Finally gotta chance to sing my favourite song ❤️ I've been dreaming to sing this kinda song on stage ? Here's for you 'Mantan Terindah' . Thank you Joox for inviting me & Happy Birthday Joox @joox_my ❤️ . . My amazing musicians Pianist : @farezasmadi Guitarist : @syahrul_dini Drummer : @wanpayslip Bassist : @tariq_ayiq #mantanterindah @raisa6690 #raisa

A post shared by Farisha Irish (@farisha_irish) on



5. Lagu Untuk Laila, Obses dan Potret antara lagu yang dinyanyikan Akim & The Majistret. Band itu turut melantunkan lagu terbaharu mereka, Rampas.

Happy birthday @joox_my! Dah 3 tahun dah dia. Dah besar dah. Kalau orang dia merangkak. Ini siap boleh karaoke. Power tak power? Crowd semalam memang PADU. Fuhh! Bukan 2 atau 3 tapi 5 lagu terus belanja. Walaupun @gjie6ixthsense punya tali guitar sudah terbelah dua. Harap korang enjoy! #3mendousjoox #joox3mendous #joox #jooxconcert ?@irfandzahier

A post shared by ATM (@akim_themajistret) on


6. Dek kerana terlalu ghairah beraksi di pentas, sampai terbalik drum band itu 'kerjakan' akhir-akhir persembahan.

7. Aizat Amdan tampil dengan quartet sambil menyanyikan lagu-lagu popularnya. Katanya ini pertama kali perform dengan konsep ala-ala unplugged.

Aizat and the quartet for @joox_my 3rd year anniversary. Congratulations and thanks for having us!

A post shared by Aizat Amdan (@aizatamdan) on



8. Peminat tak henti-henti menjerit sejak Dayang Nurfaizah muncul di pentas. Tiga lagu popularnya dinyanyikan pada konsert itu iaitu Di Pintu Syurga, Dayang Sayang Kamu dan Lelaki Teragung.

9. Selain standing ovation, peminat setia Dayang sampai bangun menari bersama-sama idola mereka. Bukan main!

@???????❤️❤️ #tremendousjooxliveconcert #joox @joox_my

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

#Repost @ridzuansandha with @get_repost ・・・ Keampuhan vocal yang sukar digugat @dayangsayangkamu ! @sharinaahmad . . . #tremendousjooxliveconcert #tremendousjoox #joox #jooxmusic #jooxmalaysia #dayangnurfaizah

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on




10. Joe Flizzow menutup pentas Tremendous Joox Live Concert selain acara memotong kek beramai-ramai.

Selamat hari jadi Joox yang ketiga!