Tindakan berani dua individu yang memperlekehkan konsep dan judul kulit album terbaharu penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhalia berjudul Sitism, memakan diri sendiri.

Siti Nurhaliza menerusi laman Instastory miliknya berkongsi paparan skrin komen individu berkenaan menuduhnya mempunyai masalah mental kerana menggunakan fon kepala dalam foto kulit album itu.

"Sitism katanya. Bila search dekat Google keluar autism. Imej dan visual cyber retro futurism. Kau dah level penyanyi senior yang ada nama, bukan level awak keluar album dengan imej dan visual yang macam ini.

"Siapalah hanat yang sarankan penyanyi bernombor keluar album dengan konsep yang macam ini. Dekat kepada itu device untuk rawat orang masalah mental kan,” tulis individu tersebut.

Manakala seorang lagi individu membalas komen tersebut mengatakan penyanyi itu seakan-akan ‘gila’ isim.

"Macam gila isim kan," kata lagi seorang netizen.

Pada perkongsian yang sama, Siti Nurhaliza turut meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memeriksa akaun berkenaan.

"Cantiknya bahasa kakak-kakak ini @kakwanlebor @bonda_putehkundor. Kita bagi SKMM periksa kejap!" katanya.

Sejak beberapa hari lalu, Siti Nurhaliza membuat kejutan apabila mengumumkan bakal melancarkan album solonya yang ke-20 berjudul Sitism pada 30 Jun ini.

Menurut Siti Nurhaliza, Sitism merupakan hadiah buat peminat yang setia sepanjang 28 tahun penglibatannya dalam industri muzik tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Beliau Miliki Suara Paling Merdu Di Dunia” - Dimash Tak Sabar Beraksi Satu Pentas Dengan Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu Demam Tak Kebah, Anak Perempuan Siti Nurhaliza Ditahan Wad - “Pertama Kali Ibu Bawa Aafiyah Admitted Tanpa…”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Komen Trend Artist Malaysia Nicest & Rudest: “Kalau For Fun Pun Tak Fun”