Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”
Khairil Khusyairi
07/08/2024 21:55 MYT
07/08/2024 21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Fokus Besarkan Anak-Anak
Menurut Shila keputusan tersebut dibuat adalah kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada dua cahaya matanya.
Malah, pelantun lagu Tiada Dirimu itu lagi turut berkata ia agak berisiko sekiranya hamil lagi.
Malah, pelantun lagu Tiada Dirimu itu lagi turut berkata ia agak berisiko sekiranya hamil lagi.
“Sebab kita nak anak-anak kita dapat seratus peratus perhatian semampu kita.
“Tambahan pula saya dah dua kali ceaser, jadi yang seterusnya kena tunggu lagi 3 tahun.
“Dalam masa 3 tahun usia saya juga akan mencecah 37, jadi ia agak berisiko untuk saya hamil lagi,” kongsinya.
Shila berkongsi perkara tersebut apabila ditanya peminat dalam sesi soal jawab di Instagram Story, baru-baru ini.
Risiko Hamil Lagi
Tambah anak kepada penyanyi Datuk ND Lala itu, kelahiran kedua-dua cahaya matanya itu juga melalui pembedahan kecemasan.
“Sebelum ini pun dua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kecemasan.
“So cukup lah, dah sepasang,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh Ubaidillah pada Ogos tahun lalu dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Shila juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022.
Mereka dikurniakan seorang cahaya maya lelaki iaitu, Seth Uwais, 5 tahun.