gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Siti Nurhaliza Bakal Lancarkan Album Tradisional Hujung Tahun Ini - "Selepas Konsert Saya Akan..."
HIBURAN
DSV ‘Kenenkan’ Cik B Dengan Anak Aliff Syukri, Ini Respon Tuan Badan - “Astaghfirullahalazim, Selamatkan Aku!”
HIBURAN
"Lima Tahun Ni Saya Tempuh Macam-Macam, Baru Lalui Fasa Patah Hati Teruk!" - Aisha Retno
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Dua Kali Buat Hal, PDRM Sahkan Pegawai Polis Wanita Ditahan

Izwan Isa
Izwan Isa
19/06/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Dua Kali Buat Hal, PDRM Sahkan Pegawai Polis Wanita Ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan melakukan tangkapan ke atas seorang pegawai polis wanita berkait kes ugutan jenayah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bertindak atas maklumat, bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah membuat satu tangkapan pada Ahad jam 1.20 petang.
BACA: Pintu Diketuk Selepas Usai Solat Asar, Isma Halil Dakwa Polis Acu Pistol Arahnya Minta Ambil 'Beg'
Beliau berkata, tangkapan itu melibatkan seorang pegawai kanan berusia 35 tahun.
"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit bagi tujuan membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
"Suspek akan dilepaskan dengan diberi jaminan polis selepas siasatan lengkap dijalankan, memandangkan terdapat satu lagi report (laporan) polis yang dibuat melibatkan suspek yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Terdahulu, seorang penjawat awam wanita yang dipercayai seorang pegawai polis tular di media sosial kerana didakwa menghina anggota polis berpangkat rendah di Gombak.
BACA: Selepas Tomok Buat Laporan Polis, Penganjur Konserr 4G's Dedah Tak Terima Duit Penjualan Tiket RM100,000!
Wanita yang sama sekali lagi kembali panas di media sosial kerana bergaduh mulut dengan orang awam di sebuah parkir pusat membeli belah pada Sabtu.
Video berdurasi seminit 30 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita memarahi individu yang dipercayai orang awam ketika mahu meletak kereta di kawasan parkir.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PDRM
#Tahan
#Pegawai Polis Wanita
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement