Pengarah drama popoular, Shahrulezad Mohameddin berkongsi kisah kehidupan kru produksi yang tidak cukup rehat sehingga dua kru produksinya terbabit dalam kemalangan baru-baru ini.

Jelasnya, dia memang mendesak produksi untuk berhenti penggambaran jam 10 malam tetapi disebabkan beberapa faktor menyebabkan mereka bekerja dari jam 8 pagi sehingga azan Subuh.

"Antara faktor yang menyebabkan berlakunya perlanggaran waktu bekerja yang menekan sangat itu antaranya ialah faktor deadline.

"Apa yang kerap berlaku ialah kadang-kadang tempoh persiapan atau prepro yang tetap jugak tak cukup walaupun dah diberi masa yang mencukupi.

"Antara sebabnya ialah skrip yang lambat siap. Jadual artis. Kadang-kadang hero atau heroin yangg dipersetujui adalah masalah jadual yang ‘packed’ tapi stesen nak juga muka tu," katanya menerusi Facebook.



Tambahnya, faktor kru tidak mencukupi dan lokasi penggambaran belum dipastikan juga mengakibatkan penggambaran lambat dijalankan sehingga memaksa kru produksi bekerja dari pagi ke pagi keesokkan harinya.

Sebagai pengarah dan produser di Radiusone, Shahrulezad menyatakan dia tidak peduli sangat dengan tambahan kos penggambaran yang dibelanjakan jika hari penggambaran dilanjutkan kerana memahami nasib kru produksi yang penat bekerja.

Dalam mencari jalan penyelesaian, dia menyarankan penggiat seni lebih bertegas dalam perkara ini.

"Bukan saja rumah produksi yg kena 'aware' tapi semua orang pun kena 'aware'. Dari pihak stesen, produser, pengarah, scriptwriter, production manager, assistant manager, management artist 'even crew' sendiri kena 'aware'.

"Ketetapan waktu bekerja 12 jam itu akan terlaksa kalau kita semua bertegas dengan diri sendiri. Jangan sampai kita punya hal yg menjadi mangsa ialah orang lain. 'Time management' sangat penting," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: FB - Shahrulezad Mohameddin