Skip to main content

Hiburan

Tak Simpan Dendam, Kartunis Ujang Maafkan Individu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Isu Hak Cipta - “Ayah Tenat & Bila-Bila Masa Boleh…”

Kartunis Ujang

Sekilas

  • Kartunis terkenal Ujang menerima permohonan maaf daripada anak individu yang terlibat dalam isu hak cipta lama yang menyebabkan Ujang muflis pada tahun 2000.
  • Individu tersebut memohon maaf atas kesalahan bapanya yang kini lumpuh dan dalam keadaan tenat di hospital, manakala Ujang memaafkan dengan hati terbuka tanpa menyimpan dendam.
  • Ujang kini bebas dari status muflis selepas pelepasan kebangkrapan pada 29 Julai 2024, selepas berdepan 19 saman dan hutang RM1.8 juta berkaitan harta intelek karya kartunnya.

Kartunis terkenal, Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama Ujang menyorot perhatian apabila berkongsi tangkap layar perbualan bersama anak kepada individu yang dipercayai berkait dengan isu hak cipta melibatkan dirinya lebih dua dekad lalu.

Menerusi perkongsian yang dibuat, individu tersebut memohon maaf bagi pihak bapanya yang ketika ini dikatakan sedang lumpuh, tidak mampu bercakap dan hanya mampu menangis.

Ujar individu itu, dia berasa tidak tenteram selagi tidak memohon maaf bagi kesalahan bapanya kepada Ujang.

“Doakan kesembuhan ayah saya ya pak cik, dah lama hidap strok dan keadaan semakin teruk.

“Saya ada bercakap tentang pak cik kepada ayah saya, dia hanya mampu menangis.  Saya sebagai anak rasa tak tenteram selagi tak mohon maaf atas apa yang dia dah buat,” luah individu itu.

Ujar individu itu lagi, ayahnya ditimpa satu per satu masalah selepas tidak lagi mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat percetakan tempat mereka bekerja bersama satu ketika dahulu.

“Selepas dia tak ada kaitan dengan syarikat itu, satu per satu masalah dalam hidup ayah saya. Dia bercerai dengan ibu saya dan sekarang kami anak-anak yang gilir-gilir jaga,” luahnya lagi.

Melihat kepada kesungguhan itu, Ujang memaklumkan dia menerima permohonan maaf itu dengan hati yang terbuka malah menyuarakan tiada lagi dendam yang disimpan di dalam hati.

“Tak apalah, saya maafkan semuanya. Dengan keadaan dia yang macam itu, tak ada apa yang saya nak marah atau simpan dendam lagi. Semoga Allah mengampuni kita semua,” balas Ujang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap Ujang yang terbuka memaafkan individu tersebut.

Sementara itu, terdapat satu hantaran mesej terkini daripada individu tersebut yang memaklumkan bapanya kini berada dalam keadaan tenat.

“Assalamualaikum pak cik, saya nak maklumkan ayah saya tenat di hospital. Doktor bagitahu bila-bila masa dia boleh pergi,” kongsinya.

Untuk rekod, Ujang diisytihar muflis pada tahun 2000 selepas berdepan 19 saman berkaitan isu harta intelek selain hutang RM1.8 juta dengan syarikat percetakan.

Difahamkan, hutang tersebut disebabkan karya-karya berupa karakter kartun dan nama pena, Ujang yang tidak boleh dipasarkan ekoran telah diwartakan sebagai harta intelek pihak lain.

Ujang kemudiannya bebas dari status muflis selepas menerima pelepasan daripada kebangkrapan mengikut Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 pada 29 Julai 2024.

Sumber: Facebook

Anda mungkin berminat dengan

UV Light Fluorescent Tattoo Sticker for Party Concert | Pelekat Tatu Berfluoresen UV Glow Dalam Gelap Kalis Air

UV Light Fluorescent Tattoo Sticker for Party Concert | Pelekat Tatu Berfluoresen UV Glow Dalam Gelap Kalis Air

【RAYA SALE】Nintendo Switch OLED Model Neon / White Console + FREE Tempered Glass (1 Year Warranty)

【RAYA SALE】Nintendo Switch OLED Model Neon / White Console + FREE Tempered Glass (1 Year Warranty)

STICKER BENDERA MALAYSIA PALESTINE THAILAND SABAH KELANTAN SELANGOR JOHOR PERLIS KEDAH PERAK PAHANG

STICKER BENDERA MALAYSIA PALESTINE THAILAND SABAH KELANTAN SELANGOR JOHOR PERLIS KEDAH PERAK PAHANG

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

16" “Happy Birthday “Foil Balloon Set

16" “Happy Birthday “Foil Balloon Set

【NEW ARRIVAL】PS5 Resident Evil Requiem | Resident Evil 9 Biohazard 9 Requiem (English Chinese Multilingual Version)

【NEW ARRIVAL】PS5 Resident Evil Requiem | Resident Evil 9 Biohazard 9 Requiem (English Chinese Multilingual Version)

Must-Watch Video

Advertisement