,
Laman Utama

Dua Pelajar Malaysia Berjaya Ke Harvard - "Tak Sangka Dapat Masuk Bersama..."

Amri Hassan
15/04/2021
22:08 MYT
Dua pelajar Malaysia, Jarell Cheong Tze Wen dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi diterima untuk melanjutkan pengajian ke Harvard College di Massachusetts, Amerika Syarikat.
Jarell dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hamdi dari Pahang mencetus pencapaian peribadi yang membanggakan, memandangkan kolej itu mencatatkan rekod kemasukan yang terendah dalam 385 tahun sejarah kewujudannya.
Bercerita kepada Harian Metro, mereka berdua pernah bersuai kenal ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Biarpun tidak kenal rapat, kedua-dua mereka pernah bertukar nombor telefon dan berkenalan di PPD pada 2019.
"Saya bersyukur penat lelah selama ini berbaloi. Malah, tidak sangka saya dan Jarell dapat masuk universiti sama.
"Jadi, saya agak bersemangat kerana ada rakan senegara yang akan melanjutkan pengajian di tempat sama, malah kami bercadang akan berlepas ke AS bersama," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Katanya, dia menganggap kejayaan melanjutkan pengajian ke universiti terbabit satu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu digalas.
"Mula-mula dapat tahu berita ini melalui emel Januari lalu, saya rasa macam tak percaya tetapi apabila difikirkan semula, ia satu amanah dan tanggungjawab berat yang harus saya pikul.
"Saya tekad akan gunakan peluang ini untuk belajar dengan tekun dan menyumbang semula kepada masyarakat dan negara dalam bidang ekonomi.
"Saya harap pelajar di luar sana jangan cepat berputus asa dan tempuh apa jua cabaran dengan sabar kerana pada akhirnya nanti pasti ada lebih baik untuk kita," katanya yang menerima biasiswa daripada Bank Negara Malaysia.
Sementara itu, bagi Jarell pula peluang melanjutkan pengajian di universiti terbabit akan digunakan sebaik mungkin untuk meraih impiannya dalam profesion kewangan.
"Sebenarnya saya juga diterima masuk ke universiti lain di AS dan United Kingdom, tetapi saya memilih Universiti Harvard kerana program di universiti itu sangat bagus dan mencabar.
"Bukan semua orang dapat masuk universiti ini, jadi saya akan gunakan peluang itu untuk cabar diri saya buat perkara paling susah.
"Walaupun sukar, saya akan cuba buat terbaik kerana universiti itu tempat terbaik untuk belajar Matematik," katanya.
Muhammad Hamdi adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah dan kini mengambil A-Level di Kolej Tuanku Ja'afar, Mantin, Negeri Sembilan, manakala Jarell pula bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara.
Mereka berdua antara 1,968 pemohon bertuah dan berjaya melepasi kelayakan ketat daripada 57,435 permohonan seluruh dunia.
Harvard College merupakan kolej sarjana untuk persediaan ke Universiti Harvard. Diasaskan pada tahun 1636, Harvard College merupakan fakulti terawal bagi institusi pengajian tertinggi tertua dan berprestij di AS itu.
Sumber: Awani, Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Unitar