Antarabangsa

Ducati Dedah Versi Baharu Ducati Scrambler Dark Pro

Erywan
20/10/2020
05:00 MYT
Ducati mendedahkan versi baharu Scrambler 1100 dinamakan Dark Pro. Model itu merupakan versi pengenalan asas dalam keluarga Scrambler 1100. Buat masa ini Scrambler berkenaan hanya tersedia di pasaran Eropah.
Seperti mana namanya Ducati Scrambler 1100 Dark PRO baharu menampilkan skema warna yang meningkatkan tarikan penampilan motosikal itu.
Ia masih lagi memiliki rekaan asli dua model lain di bawah lencana sama, bagaimanapun diserlahkan dengan warna hitam kusam bersama komponen aluminium dan cermin sisi klasik.
Dari segi prestasi model itu menggunakan enjin 1079cc L-twin yang menghasilkan kuasa 85hp pada 7500rpm dan tork 88Nm pada 4750rpm.
Walaupun Ducati Scrambler 1100 Dark PRO merupakan model lebih mampu milik namun masih lagi menawarkan beberapa ciri peralatan elektronik seperti Ducati Traction Control (DTC) yang ditala khas bagi motor ini, ABS selekoh dan tiga mod tunggangan Active, Journey dan City.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Ducati Multistrada V4 Dah Masuk Malaysia, Harga Bermula RM135,900

gempak
17/09/2021
06:34 MYT
Dilengkapi dengan enjin V4 Granturismo berkapasiti 1,158 cc yang mampu menyalurkan 170 hp.
drebar

Ducati Scrambler Nightshift Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM65,900

gempak
12/08/2021
04:11 MYT
Ia menggunakan warna serba gelap, selain badan dan tangki diwarnakan Aviator Grey.
drebar

Ducati Perkenalkan Edisi Istimewa Panigale V2 “Bayliss 1st Championship 20th Anniversary”

gempak
26/07/2021
04:08 MYT
Troy Bayliss menjuarai WSBK dengan Ducati pada tahun 2001 dengan menggunakan enjin v-twin Ducati Corse.
drebar

Ducati MG-20, e-Bike Guna Material Magnesium, Harga RM7,922

gempak
15/07/2021
04:44 MYT
Ia menjadi basikal lipat elektrik (folding) pertama dalam rangkaian Ducati Urban e-Mobility.
drebar

Ducati Scrambler Desert Sled Fasthouse, Edisi Terhad Hanya 800 Unit Sahaja

gempak
12/03/2021
06:23 MYT
Hasil kerjasama antara Ducati dan jenama fesyen Fasthouse.