Penyanyi Asad Motawh menghangatkan suasana media sosial apabila berkongsi beberapa keping gambar memaparkan abdomen atau ‘six pack’ yang kekar.

Pelantun lagu Senyum itu berkongsi hantaran tersebut di Instagram dengan menulis kapsyen ringkas beserta empat keping gambar pelbagai gaya di akaun Instagram miliknya, semalam.

“1980’s nightmare wonder’s China town,” katanya.

Perkongsian Asad itu kemudian menarik perhatian ramai peminat khususnya golongan wanita.

Menerusi tinjauan Gempak di ruangan komen, kebanyakan mereka masih tidak henti-henti meluahkan rasa kagum dengan fizikal tubuh badan penyanyi remaja berkenaan.

“So seksi, badan makin kekar la Asas”.

“My dream man, seksinya sekarang”.

“Nice six pack, boleh pinjam tak bang”.

“Dulu baby, now macam hot daddy,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

A post shared by As’ad Motawh (@asad.motawh)

Sekadar info, ini bukan kali pertama Asad ‘membelanja’ penampilan badannya yang kekar.

Sekitar September lalu, Asad mencetuskan perbualan ramai apabila membuka baju menunjukkan badannya yang semakin berotot.

BACA: #GempakTop2021: Lima Artis Lelaki Kacak Sedap Mata Memandang, Dulu Biasa-Biasa Kini Dah Sado!