Skip to main content

Hiburan

Shila Amzah Tak Cukup Sabar Nak Tengok Drama ‘Suamiku Anak Mak’ - “Lalu Snippets Pun Dah Boleh Buat…”

Shila Amzah

Sekilas

  • Drama Suamiku Anak Mak mencuri perhatian ramai dengan babak yang kuat menyentuh emosi penonton termasuk penyanyi Shila Amzah.
  • Watak Mak Leha dan Haris menjadi tumpuan kerana konflik keluarga yang mencetuskan pelbagai reaksi negatif di media sosial.
  • Drama ini mengangkat isu hubungan ibu mentua dan menantu serta dilema seorang suami dalam mengimbangi tanggungjawab keluarga yang dekat dengan kehidupan masyarakat.
Advertisement

Bukan calang-calang penangan drama Suamiku Anak Mak apabila potongan babak yang dikongsikan di media sosial pun sudah cukup membuatkan penonton beremosi.

 

Advertisement

Termasuk penyanyi Shila Amzah yang mengakui dia juga tidak mempunyai kesabaran untuk mengikuti drama berkenaan.

 

“Tak cukup sabar untuk tengok cerita ‘anak mak’ ni. Lalu-lalu snippets kat Thread pun dah boleh buat naik hormon cortisol,” tulisnya di Threads.

 

Perkongsian itu nyata mencuit perhatian kerana menggambarkan betapa kuatnya kesan babak dalam drama berkenaan terhadap emosi penonton, meskipun hanya menyaksikan potongan pendek yang tular di media sosial.

Advertisement

 

Bukan Shila saja, ruangan komen turut dibanjiri reaksi penonton yang meluahkan rasa geram terhadap gelagat watak Mak Leha, lakonan Dian P. Ramlee, serta Haris yang dibawakan oleh Keith Foo.

 

Antara komen yang mencuri perhatian termasuklah ‘Mertua dari neraka’, ‘Keluarga toksik’ dan ‘Suami lembik’, yang menggambarkan kekecewaan penonton terhadap konflik antara watak-watak utama drama berkenaan.

 

Watak Mak Leha khususnya menjadi perhatian apabila tindakannya mencetuskan ketegangan dalam kehidupan rumah tangga anaknya, Haris, sekali gus menguji kesabaran Zaraa yang dilakonkan oleh Emma Maembong.

 

Sementara itu, Haris turut menjadi sasaran kritikan apabila penonton mempersoalkan pendiriannya dalam mengimbangi tanggungjawab terhadap ibu dengan peranannya sebagai seorang suami.

Reaksi tersebut membuktikan bahawa konflik yang dipaparkan berjaya mencetuskan perbincangan dalam kalangan penonton, khususnya mengenai hubungan ibu mentua dengan menantu dan tanggungjawab seorang suami selepas berkahwin.

 

Menariknya, kekuatan Suamiku Anak Mak bukan hanya terletak pada konflik yang mencetuskan kemarahan penonton, tetapi juga pada isu kekeluargaan yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

 

Istilah ‘anak mak’ sering digunakan untuk menggambarkan lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan ibunya. Namun, keadaan menjadi rumit apabila hubungan tersebut mempengaruhi keputusan rumah tangga sehingga menjejaskan perasaan dan kebahagiaan pasangan.

 

Dalam drama ini, Haris berdepan dilema apabila perlu mengimbangi kasih sayang terhadap ibunya, Mak Leha, dengan tanggungjawabnya terhadap Zaraa.

 

Bagi penonton, persoalannya bukan sama ada seorang anak lelaki perlu menyayangi ibunya atau tidak, sebaliknya sejauh mana dia mampu menjadi suami yang bertanggungjawab tanpa membiarkan konflik keluarga berlarutan.

 

Situasi itu turut menjadikan watak Zaraa dekat dengan penonton yang pernah menyaksikan atau berdepan dilema serupa dalam kehidupan sebenar.

 

Apabila nama watak mula menjadi bahan perbualan dan potongan babak mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, ia menunjukkan bagaimana sesebuah drama boleh melangkaui skrin televisyen dan menjadi topik perbincangan dalam kehidupan seharian.

 

Walaupun tindakan watak-watak berkenaan mengundang kemarahan, itulah antara persoalan yang membuatkan penonton terus mengikuti perkembangan ceritanya: mampukah Haris akhirnya menetapkan pendirian, dan sampai bilakah Zaraa perlu bersabar?

 

Dibintangi Emma Maembong, Keith Foo, Dian P. Ramlee dan Izzue Islam, Suamiku Anak Mak kini sedang ditayangkan menerusi slot Megadrama, jam 10 malam, di saluran Astro Ria, dan boleh distrim melalui sooka.

 

Nampaknya, bukan sahaja Zaraa yang perlu menguji kesabaran berdepan kerenah Mak Leha, penonton di rumah juga turut sama beremosi mengikuti perjalanan kisah mereka!

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

Must Watch Video

Advertisement