Skip to main content

Selebriti

SAYANG SAYANG: Perjalanan Ambil Masa 12 Jam, Lee Lee-Zen Ulang-Alik Malaysia-Taiwan Tiga Kali Sebulan - "Memang Luar Biasa!"

SAYANG SAYANG: Perjalanan Ambil Masa 12 Jam, Lee Lee-Zen Ulang-Alik Malaysia-Taiwan Tiga Kali Sebulan - "Memang Luar Biasa!"

Sekilas

  • Pelakon Taiwan, Lee Lee-Zen berkongsi pengalaman mencabar namun menyeronokkan sepanjang penggambaran filem SAYANG SAYANG di Pantai Timur Malaysia.
  • Lee terpaksa melakukan perjalanan jauh antara Malaysia dan Taiwan sebanyak tiga kali dalam sebulan, namun berpeluang menikmati budaya dan makanan tempatan di Kelantan dan Terengganu.
  • Filem ini menampilkan pelakon pelbagai kaum dan akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober sebelum ke pawagam Malaysia pada 5 November.
Advertisement

Pelakon Taiwan, Lee Lee-Zen berkongsi pengalaman dirinya sepanjang menjalani penggambaran filem SAYANG SAYANG di Malaysia.

Menurut Lee Lee-Zen, dia teruja kerana berpeluang menerokai sendiri beberapa lokasi menarik di Pantai Timur Malaysia.

Advertisement

Lee turut mengakui jadual kerjanya amat mencabar apabila terpaksa berulang-alik antara Malaysia dan Taiwan sebanyak tiga kali dalam tempoh sebulan.

“Setiap perjalanan mengambil masa selama 12 jam. Memang agak luar biasa!” katanya.

Walaupun perlu menempuh perjalanan yang panjang dan jadual penggambaran yang padat, Lee tetap berasa bersyukur kerana pengalaman tersebut memberinya peluang untuk menjelajah negeri Kelantan dan Terengganu.

Advertisement

Malah, dia turut berpeluang merasai pengalaman menginap di inap desa serta menikmati pelbagai juadah tempatan sepanjang berada di Pantai Timur.

Lebih menarik, Lee menyifatkan pengalaman menjayakan SAYANG SAYANG sebagai sesuatu yang cukup istimewa apabila produksi berkenaan menghimpunkan barisan kru dan pelakon daripada pelbagai latar belakang kaum.

“Produksi ini menghimpunkan masyarakat Melayu, India dan Cina. Kami kebanyakannya berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris yang mudah, tetapi tetap dapat bekerjasama dengan lancar demi mencapai matlamat yang sama.

“Ia benar-benar satu pengalaman berbilang budaya yang sangat istimewa,” ujarnya.

Menerusi filem berkenaan, Lee Lee-Zen membawakan watak sebagai penjaga sebuah tokong Cina kecil yang terletak di tepi laut manakala watak isterinya pula dilakonkan oleh pelakon tempatan, Ong Ai Leng.

Selain Lee Lee-Zen, filem arahan Tang Hsiang-Chu ini menampilkan bintang seperti Mhia Firdaus, Jo Kukathas, Nandagopall Mohan, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Amir Ahnaf, Vemanna Appannah, Khir Rahman dan ramai lagi.

SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menggegarkan pawagam di Malaysia bermula 5 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement