Penyanyi dan pengacara, Alif Satar akui sedikit segan apabila ramai netizen serta rakan artis memuji tindakannya menyelamatkan isu 'body shaming' antara Mark Adam dan Sherry Alhadad baru-baru ini.

Menurut Alif, dia merasakan tidak layak berada di 'spotlight' terbabit apabila namanya trending di Twitter.

"Saya jadi segan sebab benda ni normal untuk pengacara 'counter' lawak sebegitu. Saya segan sebab tak ada kena mengena dengan saya pun.

"Nanti satu hari nanti kalau saya buat salah jadi lain pula kan. Macam saya perfect pula bila trending ni," katanya.

Menurut Alif, dia percaya Mark tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan bentuk badan Sherry.

"Saya kenal Mark macam mana, jadi saya tak rasa itu isu besar. Sherry pun ada telefon saya kerana terkejut apabila isu itu diperbesarkan.

"Namun dalam pada itu saya merasakan memang 'body shaming' perlu dihentikan.

"Semasa kecil kita dah dimomokkan dengan gurauan-gurauan ini tapi itu dulu. Sekarang dah 2019 rasanya orang akan lebih sensitif.

"Kita tidak tahu bagaimana mereka berdepan dan berusaha untuk menjadi lebih baik," katanya.

Alif berkata demikian ketika majlis pelancaran pelancaran rangkaian produk Warung dari Alicafe dan Alitea di Restoran Rebung Datuk Chef Ismail, Kuala Lumpur, semalam.



Terdahulu, Mark menerima kecaman daripada netizen selepas bertindak mempersendakan fizikal Sherry ketika konsert Big Stage 2 pada malam Ahad.

Mark walaubagaimanapun tampil memohon maaf atas ketelanjurannya itu.

BACA: Persendakan Fizikal Sherry Alhadad, Mark Adam Mohon Maaf - "Saya Akan Pastikan Perkara Ini Tidak Akan Berulang"

Dalam perkembangan lain, Alif kini sedang sibuk dengan program Big Stage 2.

Dihoskan oleh Alif dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ini ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!