Skip to main content

Hiburan

Bakal Bergelar Suami, Danish Hakim Minta Nasihat Norman Hakim Soal Rumah Tangga - “Boleh Katakan Hampir…”

Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Sekilas

  • Mohamed Danish Hakim sering mendapatkan nasihat rumah tangga daripada bapanya, Norman Hakim, yang memberinya tunjuk ajar hampir setiap hari.
  • Persiapan majlis perkahwinan Danish kini sudah lebih 80 peratus siap dengan sokongan penuh daripada ahli keluarganya.
  • Danish akan bernikah dengan pasangannya, Shalinda, di Singapura hujung tahun ini dan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur.
Advertisement

Bakal berkahwin, anak sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim berkata dia banyak meminta nasihat mengenai rumah tangga daripada bapanya. 

 

Advertisement

Menurut Danish, 23, kehidupannya hampir setiap hari dipenuhi dengan kata-kata nasihat dan tunjuk ajar daripasa bapanya. 

 

“Saya banyak minta nasihat sudah tentu daripada bapa saya sendiri. Memang banyak nasihat yang diberikan, boleh katakan hampir setiap hari dia akan bagi. 

Advertisement

 

“Kehidupan saya memang dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar daripada bapa saya la,” kongsi Danish kepada Gempak. 

 

Danish berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara CERUTTI 1881's new store concept with Aedy Ashraf di IOI City Mall, Putrajaya, pada Selasa. 

 

Dalam pada itu, Danish memaklumkan persiapan majlis sudah lebih 80 peratus dan bersyukur dia mendapat sokongan daripada ahli keluarganya sepanjang proses nak berumah tangga. 

 

“Persiapan majlis perkahwinan saya boleh katakan dah 80 peratus atau lebih daripada itu. Alhamdulillah dengan sokongan orang sekeliling terutama ahli keluarga. 

 

“Tak bolehlah kalau 100 peratus persiapan diserahkan pada ahli keluarga saya kan. Saya seorang lelak dan saya yang nak kahwin denga pasangan saya. 

 

“Jadi, saya kena la ambil bahagian juga dalam membuat persiapan. Cuma nak kata sokongan daripada ahli keluaga itu, Alhamdulillah memang besar,” ujarnya.

 

Untuk info, Danish akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Shalinda di Singapura pada hujung tahun inj dan akan membuat majlis resepsi di Kuala Lumpur juga. 

 

Terdahulu, Norman Hakim menerusi Instagram berkongsi persiapan majlis perkahwinan anak sulungnya, Danish Hakim, yang akan diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat sahaja.

 

Ini merupakan pengalaman pertama Norman menguruskan majlis perkahwinan bersama anaknya, dengan bantuan isteri dan anak-anak perempuan serta perancang perkahwinan.

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

JEEL Punjabi Suits - Full Set with Dupatta & Pocket Pants | No Shrinkage | Assorted Designs & Colours | 100% Guaranteed

JEEL Punjabi Suits - Full Set with Dupatta & Pocket Pants | No Shrinkage | Assorted Designs & Colours | 100% Guaranteed

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

SSFH Premium Cotton Embroidered Printed Kurti (Top Only)

SSFH Premium Cotton Embroidered Printed Kurti (Top Only)

Must Watch Video

Advertisement