Skip to main content

Hiburan

Megat Shahrizal Hairan Ada Pihak Persoal Dialek KUDRAT 1968 - “Korang Sedar Tak…”

Megat Shahrizal Hairan Ada Pihak Persoal Dialek KUDRAT 1968 - “Korang Sedar Tak…”

Sekilas

  • Pelakon Megat Shahrizal hairan dengan kritikan terhadap penggunaan dialek dalam filem KUDRAT 1968 yang dianggap tidak sesuai dengan zaman dahulu.
  • Megat menjelaskan dialek dalam filem P. Ramlee sebenarnya adalah dialek Singapura, bukan gambaran sebenar cara bertutur masyarakat Melayu pada masa itu.
  • Netizen berkongsi pandangan bahawa gaya pertuturan dalam filem klasik P. Ramlee lebih kepada lakonan dan tidak semestinya mencerminkan bahasa harian masyarakat Melayu zaman dahulu.
Advertisement

Pelakon, Megat Shahrizal meluahkan rasa hairan apabila terdapat segelintir pihak mempersoalkan penggunaan dialek dalam filem KUDRAT 1968.

Menurut Megat, ada pihak beranggapan masyarakat pada zaman dahulu sepatutnya bertutur seperti dialog yang sering didengari menerusi filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Threads, pelakon itu turut mendedahkan dirinya pernah menerima komen serupa ketika terlibat dalam projek Mencari Ramlee.

Lebih mengejutkan, teguran tersebut bukan hanya datang daripada penonton, malah rakan dalam industri seni sendiri.
“Baru-baru ini ada nampak orang mempersoalkan dialek dalam KUDRAT 1968. Kata mereka, orang zaman dahulu patut bercakap macam dalam filem P. Ramlee.

“Bukan saja mereka, saya pun pernah kena komen ketika Mencari Ramlee. Kelakarnya, yang memberikan komen itu rakan dalam industri juga.

Advertisement

“Tapi korang sedar tak, dialek yang digunakan dalam filem P. Ramlee itu sebenarnya dialek Singapura? Sebab itulah saya nak kaitkan dengan Ibrahim Din. Cuba korang dengar betul-betul cara dia bercakap,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pandangan mengenai gaya pertuturan dalam filem-filem klasik P. Ramlee.

Ada yang berpendapat cara percakapan dalam filem berkenaan merupakan gaya lakonan dan tidak semestinya menggambarkan cara masyarakat Melayu pada zaman dahulu bertutur dalam kehidupan seharian.

“Memang dulu cakap biasa saja. Telo P. Ramlee itu telo berlakon filem,” komen seorang pengguna.

“Dalam filem Masam Masam Manis, ada babak cakap utara. Sama saja macam kami orang utara cakap sekarang ini.

“Kalau tengok betul-betul, sama saja sebenarnya. Zaman P. Ramlee dulu ramai pelakon berhijrah dari seberang. Tengok betul-betul, biasanya pelakon tambahan yang cakap macam kita sebab mereka orang tempatan.

“Kebanyakan stail bercakap dalam filem P. Ramlee masih digunakan orang-orang lama di Johor dan Singapura. Orang muda pun ramai gunakan dialek itu. Mungkin sebab filem P. Ramlee banyak menjalani penggambaran di Singapura,” komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement