“Dulu Setiap Kali Konsert TokTi Mesti Ayah Mengalirkan Air Mata, Sekarang Pula…” - Kmy Kmo Terharu Apabila...
Penyanyi hip hop Kmy Kmo berkongsi kisah mengenai kegembiraan ibu bapanya apabila hasrat untuk melihat dia berkolaborasi bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi kenyataan.
Perkara itu dikongsi Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim menerusi satu posting di Instagramnya.
“Bila mak dan ayah kamu di rumah sanggup bersengkang mata untuk melihat cita cita dan impian anaknya tercapai, maka menitis la air mata tanda terharu.
“Abah saya ni orang yang sangat mencintai seni-seni lagu.
“Boleh kata setiap kali Siti Nurhaliza punya konsert dulu ayah saya ni mesti mengalirkan air dia tanda emosinya yang tak dapat dikawal, lagi pulak kalau kak iti kita ni menang award, puas la anak-anak nak tenangkan dia balik.
“Sekarang bila saya dan sahabat saya @lstheofficial sendiri berduet bersama Primadona Tanah Air kita Siti Nurhaliza, maka lebih bertambah lah emosi ayah saya waktu menonton malam tadi,” katanya.
Menurutnya, ini hanyalah penceritaan kerana yang merasanya hanya empunya hati.
“Terima kasih abah dan umi yang sentiasa mendoakan kejayaan kami.
“Ini la konsert pertama kami bersama @ctdk di TV. Terima kasih semua, sesungguhnya kami mendoakan orang yang mendoakan kejayaan kami juga,” katanya.
Untuk makluman, semalam Kmy Kmo & Luca Sickta serta Siti Nurhaliza membuat kejutan apabila tampil dalam konsert akhir Suara Viral.
Ketiga-tiga mereka menyampaikan lagu 7 Nasihat yang kini sedang mendapat tempat dalam kalangan pendengar.
Dalam pada itu, pentas akhir Suara Viral semalam menyaksikan peserta Farah diangkat sebagai juara selepas berjaya mengenepikan empat peserta lain di belakangnya.
Farah atau nama sebenarnya, Farah Noorasikin Abdul Rahim, 32, berjaya mencuri hati juri selepas membuat persembahan memukau dengan nyanyian lagu Surrender nyanyian asal Celion Dion dan Paku (Ara Johari).
Farah yang bertugas sebagai Lans Koperal Angkatan Tentera Malaysia itu membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.