Pelakon jelita Mira Filzah berubah perwatakan daripada seorang gadis yang bersopan santun kepada seorang wanita yang gedik.
Berpenampilan lemah lembut, Mira semakin berubah selepas berpindah ke rumah baru dan mula bersikap mengada-ngada.
Jangan terkejut kerana situasi tersebut hanyalah merupakan watak yang digalas oleh Mira dalam drama mini bersiri digital berjudul 3 Gadis Manis yang bersiaran di laman web Astro Gempak.
“Saya menggalas watak Aisyah, seorang gadis yang datang dari kampung. Aisyah seorang yang bersikap sopan dan lemah lembut. Namun begitu, selepas berpindah ke bandar dan mula menyewa di rumah baru bersama dua orang gadis lain, Aisyah mula berubah.
“Perkenalan Aisyah dengan seseorang mula membuatkan dirinya bersikap gedik dan mengada-ngada. Untuk menyaksikan perubahan karakter Aisyah, jangan lupa saksikan drama mini bersiri digital 3 Gadis Manis,” kata Mira kepada Astro Gempak.
Bergandingan bersama Ayda Jebat dan Cristina Suzanne, Mira senang berlakon di samping dua gadis ini.
“Salah satu sebab mengapa saya menerima tawaran ini adalah kerana saya bergandingan dengan Ayda dan Cristina. Selain itu, saya juga dapat berlakon bersama Alvin Chong dan Dottie.
“Pengalaman bekerja bersama mereka sangat menyeronokkan dan saya berharap agar drama bersiri 3 Gadis Manis dapat diterima semua pihak,” katanya lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri 3 Gadis Manis yang disiarkan sepenuhnya menerusi platform digital di www.3gadismanis.com.my mulai 8 Mac ini.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Thu Mar 16 2017


Cerai, Bekas Suami Dewi Perssik Duduk Rumah Sewa, Hanya Ada Jam Tangan
Episod rumah tangga penyanyi dangdut Dewi Perssik dengan suaminya, Angga Wijaya sudah berakhir.

Selepas PM, Akaun Telegram Menteri Luar Pula Kena Godam
Akaun Telegram Datuk Seri Saifuddin Abdullah digodam

Peraduan Detektif #MurderByMoonlight - Who’s The Murderer?
Korang nak jadi detektif sambil menang hadian? Korang berada di tempat yang betul!

Polis Tahan Lelaki Berusia 23 Tahun Letak Vape Di Mulut Bayi
Semoga bayi sihat sahaja.
![[VIDEO] Akibat Kongsi Rakaman Lamaran Olok-Olok Azal, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen - “Anak Autism Pun Ada Hati & Perasaan” [VIDEO] Akibat Kongsi Rakaman Lamaran Olok-Olok Azal, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen - “Anak Autism Pun Ada Hati & Perasaan”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/azal.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Akibat Kongsi Rakaman Lamaran Olok-Olok Azal, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen - “Anak Autism Pun Ada Hati & Perasaan”
Zarina Zainuddin dikritik netizen
![[VIDEO] Allah Selamatkan Kamu Ayash Affan - Shuib Sambut Ulang Tahun Pertama Anak Bongsu [VIDEO] Allah Selamatkan Kamu Ayash Affan - Shuib Sambut Ulang Tahun Pertama Anak Bongsu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/whatsapp-image-2022-08-09-at-7-17-43-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] "Allah Selamatkan Kamu Ayash Affan" - Shuib Sambut Ulang Tahun Pertama Anak Bongsu
Sekejap sahaja usia Ayash Affan dah setahun

Pembedahan Baru Kering, Lucinta Luna Dakwa Muka Mirip Jisoo Blackpink Pula
Bukan satu rahsia tindakan Lucinta Luna yang kerap melakukan pembedahan plastik terutama pada bahagian wajahnya beberapa bulan kebekalangan ini.

“You Boleh Minta Maaf Macam Mana Pun, Tapi I Tetap Akan Saman You” - Penerbit Eksekutif Filem Gadis Jolobu
Penerbit Eksekutif Gadis Jolobu mahu saman Youtuber

Pesilat Wanita Beragama Kristian Ini Perjelas Sebab Mengenakan Tudung Ketika Bertanding - “Walaupun Tidak Diwajibkan…”
Ini alasan Merrywati Manuil mengenakan tudung

Bayi 6 Bulan Terkorban Lepas Bapa Angkut Naik Motosikal Selama 12 Jam Semata-Mata Nak Tengok Bola
Bapa menyesal angkut anak yang masih bayi tengok bola