Terkini

“Dulu Walaupun Banyak Duit, Tapi Tiada Arah Tujuan" - Puteri Sarah

gempak
Gempak
11/03/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Dulu Walaupun Banyak Duit, Tapi Tiada Arah Tujuan" - Puteri Sarah
Pelakon Puteri Sarah mendedahkan yang banyak hal ingin diperbaiki jika dia diberi peluang untuk kembali ke masa lampau.
Salah satu perkara yang ingin diperbetulkan oleh wanita berusia 39 tahun itu adalah gaya hidupnya.
Akui Puteri Sarah, ketika berada di puncak dan dilimpah kemewahan, dia berasakan dirinya seperti tidak mempunyai sebarang tujuan.
"Jika dapat diundurkan waktu, ada banyak perkara yang ingin diperbaiki. Tapi kalau diberi pilihan satu, ia adalah gaya hidup.
"Dulu walaupun banyak duit tapi tiada arah tujuan. Sekarang saya bersyukur masih dilimpahkan dengan kemewahan cuma bezanya saya dapat rasakan keberkatan.
"Malah, dulu tak tahu nak buat apa dengan duit tapi sekarang kalau ada duit perkara pertama sekali saya akan utamakan ialah anak-anak," katanya.
Sarah berkata demikian menerusi SYOK Podcast Confession Bilik Gelap musim keempat.
Menurut Puteri Sarah, dia juga pernah melalui fasa di mana wang yang diraih tidak pernah dirasakan mencukupi.
"Dulu rasa seperti tidak pernah cukup. Duit hanya untuk bersuka ria. Untuk diri sendiri tak fikir apa. Tiada komitmen.
"Sekarang saya sudah mempunyai komitmen dan wang diperolehi rasa lebih berkat. Apabila tengok ibu bapa saya gembira, baru saya rasa seperti anak, ibu dan manusia berguna," katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah yang pernah berkahwin dengan pengrah Syamsul Yusof bercerai dengan talak satu, pada 14 Jun tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7 dan Summayah, 5.

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

BERITA TRENDING: “Tak Baik Kita Judge Dia, Beri Ruang” - Puteri Sarah Mohon Doa Yang Baik Baik Untuk Bella

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024