Viral

Ebit Lew Menangis Dengar Cerita Raihan

gempak
Fiza Kamarudin
24/10/2019
14:15 MYT
Sponsor Banner
Ebit Lew Menangis Dengar Cerita Raihan
Pendakwah bebas, Ebit Lew berkongsi pengalamannya dapat berjumpa dengan kumpulan nasyid Raihan baru-baru ini.
Ebit menerusi muat naik di laman sosial Instagram (IG) turut menganggap pertemuannya dengan Raihan merupakan sebuah momen manis yang tidak akan dilupakan.
Berterus-terang dalam posting tersebut, Ebit berkata dia sebak dan menangis apabila kumpulan nasyid lagenda itu berkongsi jerit perih menyebarkan dakwah melalui lagu-lagu dan pengembaraan mereka.
Antaranya kata Ebit, Raihan telah membimbing seorang ‘makcik’ ketika membuat persembahan nyanyian jalanan di Russia dan berjaya mendakwahkan wanita tersebut.
Ebit turut tersentuh apabila mendengan ramai orang bukan Islam di Malaysia memeluk agama Islam kerana lagu-lagu Raihan.
“Sebak bila jumpa kumpulan Raihan. Dari kecil membesar dengar lagu mereka. Baik dan tawaduk mereka dalam perjuangan ini.
“Menangis bila mereka cerita masa menyanyi di jalanan Russia. Makcik di jalan tu kata, dulu datuk nenek saya pernah ucap apa yang kamu ucap ini. Makcik tu menangis. Rupanya dia dari keturunan Islam. Dah tak tahu apa. Raihan dakwah dan bimbing makcik tu.
“Sebak juga dengar ramai orang di Malaysia bukan Islam masuk Islam asbab lagu mereka,” cerita Ebit menerusi posting yang dimuat naik beberapa hari lalu.
Tambah Ebit lagi, Raihan memberitahu yang mereka paling sedih apabila mendapat tahu lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin sampai ke negara China dahulu sebelum mereka.
“Katanya paling sedih lagu mereka bahasa mandarin sampai ke China sebelum mereka. Sehingga ramai orang Islam di sana menyanyi lagu tu. Allahuakbar,” kongsi Ebit.
Dalam pada itu Ebit menyatakan rasa gembira dapat bertemu Raihan yang sentiasa merendah diri serta tawadhuk.
Raihan juga sempat meminta nasihat dan bertanya cara untuk berdakwah daripada Ebit.
“Mereka kata selalu ikuti instagram saya. Mereka tawadhuk rendah diri. Mereka tanya bagaimana nak buat dakwah ustaz.
“Mereka minta nasihat. Tapi sebenarnya saya lagi la…dari kecil dengar lagu mereka. Sebab apa lagu mereka menjadi ingatan sehingga hari ini dan di luar negara.
“Subhanallah. Sebenarnya keikhlasan dalam perjuangan. Ingin bawa kebaikan dalam nasyid lagu mereka. Ikhlas itulah perkara paling mahal. Semoga Allah terima kita semua,” katanya.
Sebak bila jumpa kumpulan Raihan. Dari kecil membesar dengar lagu mereka. Baik dan tawaduk mereka dalam perjuangan ini. Menangis bila mereka cerita masa menyanyi di jalanan Russia. Makcik di jalan tu kata, dulu datuk nenek saya pernah ucap apa yang kamu ucap ini. Makcik tu menangis. Rupanya dia dari keturunan Islam. Dah tak tahu apa. Raihan dakwah dan bimbing makcik tu. Sebak juga dengar ramai orang di Malaysia bukan Islam masuk Islam asbab lagu mereka. . Katanya paling sedih lagu mereka bahasa mandarin sampai ke china sebelum mereka. Sehingga ramai orang Islam di sana menyanyi lagu tu. Allahuakbar . Akhirnya bertemu. Mereka kata selalu ikuti instagram saya. Mereka tawaduk rendah diri. Tanya bagaimana nak buat dakwah ustaz. Minta nasihat. Tapi sebenarnya saya lagi ler dari kecil dengar lagu mereka. Sebab apa lagu mereka menjadi ingatan sehingga hari ini dan diluar negara. Subhanallah. Sebenarnya keikhlasan dalam perjuangan. Ingin bawa kebaikan dalam nasyid lagu mereka. Ikhlas itulah perkara paling mahal. Semoga Allah terima kita semua . Saya sedih hari-hari jumpa ramai yang tak tahu solat. Dah lama tak solat. Mereka rindu bimbingan nak solat. Dekat kl..dijalanan..Allahuakbar. . Rindu nak jumpa Nabi saw. Rindunya. Ya Allah hadiahkanlah kami dapat bertemu Nabi Muhammad saw satu hari nanti???.ya Rasulullah. Rindunya pada Nabi saw. Temukanlah kami ya Allah. Temukanlah kami ya Allah. Temukanlah ya Allah. ..-ebitlew
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live