,
Laman Utama

Eizlan Yusof Ambil Tindakan Guaman Terhadap Hans Isaac – “Dakwaan Palsu Dia Calar Reputasi & Nama Baik Saya!

Fiza Kamarudin
18/11/2020
05:14 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan Datuk Hans Isaac yang didakwa berunsur fitnah dan mencalarkan reputasi beliau.
Eizlan mendakwa, tuduhan melulu dan tidak berasas oleh Hans yang juga mantan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mencemarkan nama dan imej beliau sebagai ahli FINAS serta ahli perniagaan.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Eizlan hari ini, Hans dikatakan telah menuduh beliau terlibat dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Sedangkan syarikat tersebut tiada kaitan dengan dirinya sebagai pengarah mahupun selaku pemengang saham.
“Selaku Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti, saya menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan oleh Dato' Hans Isaac, mantan Pengerusi FINAS.
“Beliau telah mencemarkan nama, imej dan reputasi saya kononnya ada penglibatan saya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.
“Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya.
“Syarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak FINAS,” katanya.
Eizlan berkata tuduhan tersebut dibuat pada 16 November 2020 oleh Hans melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang mempunyai ahli melebihi 200 orang.
“Dakwaan palsu Hans ini telah menular dan masih berlarutan sehingga mencalarkan nama baik dan reputasi saya, mengganggu fokus dan menerima tekanan daripada pelbagai pihak.
“Ini juga memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku.
“Imej dan reputasi saya telah terkesan akibat dusta tersebut, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan FINAS dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara.
“Untuk makluman, saya telah melantik peguamcara saya, Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co dan tindakan guaman terhadap Hans Isaac sedang berjalan,” tegas beliau.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

gempak
05/09/2024
05:55 MYT
Isu rumah tangga pempengaruh sensasi iaitu Abang Tesla dan kedua-dua isterinya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Hiburan

Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

gempak
30/08/2024
02:57 MYT
Pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Berita

Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

gempak
29/08/2024
05:55 MYT
Aquilino telah disaman sebanyak $800 (RM3,475)  kerana didakwa telah melakukan pencemaran bunyi.
Hiburan

“Tiada Perjanjian Membabitkan Keuntungan RM3 Juta” - Rakan Niaga Wak Doyok Tangkis Dakwaan Menipu

gempak
26/08/2024
06:30 MYT
Pengarah Operasi WD Food Group Muhammad Hanif Omar menangkis dakwaan ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang dikatakan  mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.
Hiburan

"Dia Selalu Di Belakang Saya" - Amelia Henderson Hargai Sokongan Aedy Ashraf Isu Kes Saman

gempak
13/08/2024
07:55 MYT
Pelakon Amelia Henderson, 29, menghargai sokongan diberikan oleh bekas kekasihnya, Aedy Ashraf, 31, selepas dirinya terpalit kes saman membabitkan seorang penulis skrip yang masih belum selesai.