VIRAL
Elcah Maafkan Suami & Penyondol - “Saya Tahu Saya Isteri Yang Lurus Bendul…”
Pempengaruh media sosial, Elcah mengambil keputusan untuk memaafkan suaminya biarpun terpalit dengan kontroversi diganggu penyondol yang merupakan seorang pramugari.
Maafkan suami dan penyondol
Elcah menerusi hantaran terbaharu di Instagram memaklumkan dia juga telah memaafkan wanita berkenaan namun tidak akan sesekali melupakan perbuatannya yang menganggu keharmonian rumah tangga mereka.
“Kepada suami saya Afi, saya maafkan awak. Saya harap awak berubah dan kepada ‘wanita yang tidak bersalah’, saya tahu saya isteri yang lurus bendul.
ARTIKEL BERKAITAN:Elcah Dedah Pramugari Sondol Suaminya! Siap Panggil Baby Sayang, Minta RM20,000 - “Mana Pergi Hati Kau, Aku Perempuan Dan Kau Pun Perempuan”
ARTIKEL BERKAITAN:Elcah Sedih Sepupu Maut Di New Zealand - “Macam Tak Percaya Tapi Kami Kena…”
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan Baik Syada Bengang Niat Baik Disalah Erti - “Ada Netizen Nak Kaitkan Kes Cerai, Buka Tudung”
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Kau Tahu Apa Yang Kau Buat Dengan Perempuan Tu”- Instafamous Dedah Dicerai Lepas 8 Hari Kahwin
ARTIKEL BERKAITAN:“Dah Lah Aniaya Bini, Kaitkan Dengan Aku” - Puteri Sarah Beri Amaran, Bekas Suami Influencer Suka Hati Petik Nama!
Terdahulu, Elcah mendakwa suaminya telah diganggu oleh seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka.
Elcah menerusi beberapa hantaran di Insta Story mendedahkan selain menganggu suaminya, wanita itu juga turut meminta wang berjumlah RM20,000.
Untuk info, Elcah sebelum ini pernah telah mendirikan rumah tangga namun jodoh mereka tidak panjang.
Kisan penceraian Elcah bagi perkahwinan pertamanya juga menjadi tular apabila bekas suaminya membuat keputusan untuk bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Elcah kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 3 mac 2023.
Bagaimanapun, Elcah sekali lagi melalui fasa mendukakan apabila diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.
Menurut Elcah, apa yang lebih menyedihkan lagi bagi perkahwinan keduanya ini adalah apabila dia mendapat tahu bahawa bekas suaminya itu telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya dengan wanita lain.
Elcah kemudiannya melangsungkan perkahwinan ketiga dengan pasangannya iaitu Hafizuddin atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri pada Januari 2024.