HOLLYWOOD
Elizabeth Hurley Pamer Foto Bogel Raikan Usia 60 Tahun
Aktres dan model cantik Elizabeth Hurvey punya cara yang cukup unik meraikan ulang tahun ke-60. Berbeza dengan wanita yang bimbang mengenai peningkatan usia, Hurley sebaliknya meraikan ulang tahun ke-60 dengan mempamerkan fizikal terkini dalam keadaan bogel.
Bintang Austin Powers itu mempamerkan foto dirinya tersenyum sambil berbogel dalam keadaan duduk sambil kedua kakinya disilangkan menutup bahagian payu dara di akaun Instagram.
“Selamat ulang tahun untuk diri sendiri. Ini adalah tahun yang sangat ‘nakal’ buat saya. 30 tahun bekerja untuk Estée Lauder, 30 tahun menjadi wajah kempen Kanser Payu Dara, 20 tahun bersama @elizabethhurleybeach. Saya sangat menghargainya.
“Saya juga sangat bersyukur kerana telah memiliki keluarga dan teman yang baik.
“Foto ini dirakam dengan saya memakai ‘busana’ ulang tahun,” tulis Hurley seperti dilaporkan People.
Perkongsian tersebut mendapat sambutan dalam kalangan peminat termasuk anak lelakinya yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada Hurley yang disifatkan sebagai teman baiknya.
Hurley kini menjalinkan hubungan dengan Billy Ray Cyrus, 63.
Must-Watch Video