Laman Utama
Enam Tahun, Cinta Taylor Swift Kecundang Lagi
Taylor Swift mungkin telah memenangi pelbagai pencapaian dalam karier muziknya.
Namun tidak dalam kehidupan peribadinya apabila penyanyi tersebut dilaporkan putus cinta lagi.
Kali ini cinta yang disulam bersama Joe Alwyn selama enam tahun pula kecundang.
Hubungan mereka dikatakan terlerai beberapa minggu lalu, lapor Entertainment Tonight.
Menurut laporan sama, cinta mereka kecundang tanpa ‘perkelahian yang dramatik’.
“Cinta mereka kecundang begitu sahaja. Sebab itu Alwyn sudah tidak lagi kelihatan bersama dalam mana-mana persembahan Swift kebelakangan ini,” kata sumber.
Penghibur berusia 33 tahun itu kini dalam rangka tour The Eras.
Penyanyi Lavender Haze dan aktor tersebut mula menjalin hubungan sejak tahun 2016. Cinta mereka disifatkan sebagai berjalan lancar dan sangat kuat sebelum akhirnya bertemu titik pengakhiran.
Mereka juga berjaya menjalani hubungan cinta secara low profile di sebalik nama megah masing-masing dalam dunia seni.
Must-Watch Video