Gaya Hidup
Epik! Gaun Priyanka Chopra Di Met Gala 2019 Perlu 1,500 Jam Untuk Disiapkan
Gaun berbulu meleret aktres Priyanka Chopra memberikan impak dramatis pada acara fesyen terkemuka, Met Gala 2019 yang berlangsung baru-baru ini.
Diadakan di Museum of Art, New York, Priyanka hadir bersama suaminya, penyanyi Nick Jonas dalam busana gaun sangkar dengan mantel berbulu pelangi bertingkat.
Mengusung tema Camp: Notes on Fashion pada tahun ini, gaun couture dari jenama Dior ini memerlukan masa 1,500 jam untuk disiapkan!
Gaun meleret yang dilatari fabrik tulle turut disulam bebulu berwarna kelabu, pink cair, kuning, fushia dan merah menyala.
Setiap daripada bulu itu dipotong dan disusun halus menggunakan tangan!
Memerlukan hampir 10 orang daripada pasukan Dior untuk menyiapkan gaun ini, Priyanka turut mengenakan korset bertulang perak sebagai asas pada busananya.
Sebagai pelengkap gaya, mahkota palladium Dior Haute Couture diletakkan khas di atas rambut ikalnya yang disisir tebal.
Nick juga tampan dalam sut Dior daripada koleksi musim sejuk 2019/2020.
Kedua-dua pasangan ini disatukan dalam acara perkahwinan gilang-gemilang pada 1 Disember 2018.
Must-Watch Video