gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Mereka Nak Saya Tutup Kedai Ke?" - Kieda Crepe Tak Sangka Video Herpes Jejaskan Bisnes
VIRAL
"Si Perakam Bukan AJK Surau" - Musolla Halaman 11
VIRAL
Pembunuh Bersiri Twitter Dihukum Gantung Lepas Tawar Khidmat Bantu B*nuh Diri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

ERA Cipta Sejarah Sebagai Radio Malaysia Pertama Bersiaran Dari Stadium Old Trafford

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
08/06/2025
11:20 MYT
Sponsor Banner
ERA Cipta Sejarah Sebagai Radio Malaysia Pertama Bersiaran Dari Stadium Old Trafford
Jenama radio nombor satu negara, ERA terus membuktikan keunggulannya dalam dunia penyiaran apabila berjaya mencipta sejarah sebagai radio Malaysia pertama yang bersiaran secara langsung dari dalam kawasan stadium berprestij, Old Trafford, pada Sabtu.
Bersiaran di Old Trafford
Empat figura popular ERA iaitu Safee Sali, Pak Azad, Fazziq dan Radin telah mengemudi segmen istimewa yang disiarkan terus dari dalam stadium yang menjadi rumah kepada kelab bola sepak legenda, Manchester United, sempena acara berprofil tinggi – Influencer Friendly Match anjuran eFootball bermula 10 pagi.
Acara ini bukan sekadar simbolik kepada penyatuan peminat bola sepak rantau ini, malah memperlihatkan kehadiran wakil Malaysia yang dibarisi nama-nama besar dalam industri hiburan dan sukan tanah air. Team Safee Sali vs Team Atep
Perlawanan persahabatan ini mempertemukan dua pasukan iaitu Team Safee Sali mewakili Malaysia, manakala Team Atep yang diketuai oleh bekas pemain kebangsaan Indonesia, mewakili Indonesia.
Menariknya, Team Safee Sali bukan sahaja diterajui oleh legenda bola sepak Malaysia Safee Sali, tetapi turut disertai oleh influencer eFootball Malaysia, penyampai radio ERA, dan seorang pemenang bertuah dari peraduan anjuran ERA, yang dipilih khas untuk menyertai pengalaman eksklusif ini.
Pengurus Jenama ERA, Azah Zahrin berkata, kejayaan ini adalah satu titik penting dalam landskap radio Malaysia.
“Kami di ERA amat berbangga kerana menjadi stesen radio Malaysia pertama yang bersiaran dari Old Trafford. Ini bukan sekadar siaran radio, ini adalah momen bersejarah yang menandakan ERA sentiasa berada di hadapan dalam menawarkan kandungan unik dan eksklusif buat pendengar kami. Ia bukti komitmen kami untuk terus melangkaui batasan geografi demi memberikan pengalaman terbaik,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Rakaman Ikonik & Akses Eksklusif di Old Trafford
Sebelum perlawanan bermula, kru ERA turut berpeluang untuk menjalani stadium tour eksklusif di Old Trafford merasai sendiri pengalaman berada di lorong pemain, bilik persalinan, dan berjalan di atas padang yang pernah menjadi medan perlawanan epik dunia bola sepak.
Tambah Azah, rakaman untuk siaran khas ERA ini dilakukan dalam kawasan stadium sebagai sebahagian daripada lawatan ini, menjadikan ERA sebagai stesen radio Malaysia pertama yang menjalankan rakaman dan penyiaran kandungan dari dalam kawasan padang stadium Old Trafford itu sendiri.
Peluang keemasan ini tidak hanya memberi kenangan seumur hidup kepada penyampai, malah membuka ruang kepada pendengar untuk menyaksikan sisi eksklusif yang jarang dikongsi oleh mana-mana media tempatan.
Topic Berkaitan
#Radio
#Era
#Sejarah
#Stadium
#“Bola
#Sepak”
#“Manchester
#United”
#“Old
#Bersiaran
#Trafford”
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement