Sutradara dan pelakon terkenal Erma Fatima difahamkan telah menarik diri daripada pementasan teater Tanah Akhirku yang membuka tirai malam tadi.
Menurut penerbit teater Tanah Akhirku, Mei Fen Lim, tindakan Erma bertujuan memberi ruang kepada pelakon baharu, Farah Ahmad menggantikan wataknya.
"Jadual Erma terlalu padat hingga sukar memberikan komitmen terhadap sesi latihan, maka dia sendiri menawarkan diri untuk berundur dan berikan ruang kepada Farah Ahmad menggalas peranan tersebut.
"Namun, Erma tetap memberikan sokongan tak berbelah-bagi kepada produksi teater ini termasuk sanggup menyumbangkan sejumlah dana kepada kami.
"Memandangkan kami berdepan kekangan kewangan hingga hampir menarik diri tiga hari sebelum pementasan, pengorbanan dan sumbangan Erma sangat kami hargai," kata Mei Fen kepada Gempak.
Mei Fen ditemui pada majlis pra-tonton Teater Tanah Akhirku di Istana Budaya, Kuala Lumpur malam tadi.
Teater Tanah Akhirku menceritakan perjalanan hidup gadis dari Tanah Besar China, Yue Feng bersama ibu dan adiknya ke Tanah Melayu akibat perang saudara di China.
Jatuh hati dengan pemuda Melayu, Yue Feng akhirnya memutuskan Tanah Melayu menjadi tanah akhirnya.
Tiket Teater Tanah Akhirku masuk dijual dengan harga RM40, RM60, RM110, RM150, RM200, RM250 dan RM350.
Tanah Akhirku yang turut dibarisi Aeril Zafrel, Izzue Islam, Angeline Tan dan Nina Nadira akan terus dipentaskan sehingga 1 September depan.
Amri Hassan
Wed Aug 29 2018
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.