Hiburan

Erra Fazira Mengaku Jalin Hubungan Istimewa Dengan Shahir

gempak
Ahmad Shah
26/06/2016
16:00 MYT
Sponsor Banner
Erra Fazira Mengaku Jalin Hubungan Istimewa Dengan Shahir
Aktres dan penyanyi Erra Fazira mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan bekas juara Akademi Fantasi musim kelapan, Shahir Zawawi.
"Sebenarnya, dia (Shahir) yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius.
“Apapun, saya berasa lega kerana ibaratnya separuh beban saya sudah diluahkan oleh dia. Namun, dakwaan yang mengatakan kami akan bertunang atau berkahwin selepas hari raya ini sama sekali tidak benar,” kata Erra kepada BH Online
Enggan terburu-buru dalam merencanakan soal hubungan mereka, Erra turut mengakui yang keluarga Shahir sudah merestui hubungan mereka.
"Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya.
“Keluarga Shahir sudah menretui hubungan ini, namun saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perkara ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya mengharapkan perkahwinan kali ini yang terakhir dan kekal selamanya," katanya lagi.
Kredit berita: BH Online.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live