Sebaik sahaja Eva diumumkan tersingkir dari pentas Gegar Vaganza (GV)7, Linda, salah seorang anggota kumpulan tersebut mengumumkan akan bergerak secara solo.

Linda bagaimanapun menafikan keputusan untuk membuat haluan sendiri dibuat selepas Eva gagal pada konsert minggu keempat seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut, Gempak menghubungi tiga anggota Eva yang lain iaitu Izzu, Rina dan Mimi untuk penjelasan.

Izzu berkata, tidak ada isu mengenai perkara tersebut kerana sejak awal lagi Linda sudah memaklumkan kepada Eva, mengenai perancangannya untuk bergerak secara solo.

“Tidak ada isu kepada Eva kerana sejak Astro panggil kami untuk GV7, Linda memang sudah beritahu yang dia sudah membuat rakaman untuk single terbarunya.

“Dia memang akan buat haluan dia sendiri. Betul, macam dia cakap kami tidak pernah terikat dengan mana-mana kontrak dan masing-masing berhak menentukan perjalanan masing-masing,” kata Eva.

#Repost @officialriax • • • • • #liveupdate : #riaXgv7 . Min dulu kan memang hafal step tarian lagu Kini ni. Selamanya Kini step ni kan ?. . SIARAN LANGSUNG AHAD 9 MALAM di Astro Ria, Astro Prima dan strim Gegar Vaganza menerusi Saluran 104 & 123 dan Anda juga boleh strim #OnDemand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box! Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo #AstroGO #GegarVaganza7 #gv7 #riaX #MaraSuaraMembara #GegarVaganza2020 #EvaGV7 Minggu #berhantu

A post shared by 4EvaFrenz (@eva_gv7) on

Tambah Izzu lagi, Eva tetap akan aktif seperti biasa walaupun terpaksa bergerak dengan tiga orang ahli.

“Eva dah 24 tahun dalam industri. Kami tidak akan ke mana-mana. Biarlah kami kekal bertiga, walaupun kami ni menyanyi tak sesedap mana.

“Dia (sudah) membuat keputusan, siapa kami untuk menghalang? Kami sebagai sahabat akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Linda,” ujar Eva positif.

Ditanya mengenai khabar angin Eva mula bermasam muka sejak konsert minggu kedua, Izzu tidak menafikan atau mengiyakan dakwaan tersebut.

“Macam mana cerita tidak berasas macam ini boleh sampai ke pengetahuan orang luar? Sedangkan kita semua tahu GV7 tak ramai orang yang boleh berada di lokasi.

“Tidak tahu pula saya kalau-kalau pertelingkahan kecil tentang persembahan mingguan atau yang melibatkan kerja boleh dianggap sebagai satu pergaduhan besar?

“Melainkan kalau ada batu api yang cuba melaga-lagakan kami berempat, itu mungkin la…Tapi bagi saya, cerita bergaduh dan pergaduhan menyebabkan Linda buat keputusan bergerak solo…Saya anggap ia sebagai cerita tidak berasas,” kata Eva.

Minggu lalu kumpulan Eva dan Indigo menamatkan perjalanan mereka di pentas GV7 menjadikan 11 bintang bakal meneruskan perjalanan merebut gelaran juara.

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.