gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tegur Anak Bab Solat , Netizen Puji Ketegasan Johan - “Dengan Yang Bujang-Bujang Kecut…”
HIBURAN
Siti Jamumall Dedah Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami - “Ujian Hidup Masing-Masing, Mungkin Terbawa Emosi Sebab Tengah Hamil”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Pernah Kena ‘Palau’ Dengan Kawan, Ariel Fesol Pilih Tukar Kerjaya - “Orang Tak Suka Sebab Kita Tak Ada Duit”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Evertts Gomes Jejaka Misteri Dalam Video ‘Date With My Man’ Di IG Wani Kayrie - “Saya Pilih Secara Random & Dia…”

gempak
Asyikin Mayudin
14/01/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Evertts Gomes Jejaka Misteri Dalam Video ‘Date With My Man’ Di IG Wani Kayrie - “Saya Pilih Secara Random & Dia…”
Video Wani Kayrie sedang ‘dating’ bersama seorang jejaka yang tular awal Disember tahun lalu akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan individu misteri itu adalah pelakon Evertts Gomez.

Menang contest

Tiada hubungan istimewa, Wani memberitahu makan malam bersama Evertts itu disebabkan pelakon tersebut memenangi ‘contest’ ketika sidang media lagu terbaharunya berjudul ‘Aiman Tino’ pada November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Date With My Man” - Wani Kayrie Ada Someone Special? Video Instagram Cetus Spekulasi

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie Syukur Lagu ‘Aiman Tino’ Dapat Respons Positif - “Tidak Dinafikan Bila Pertama Kali Dengar…”

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie Belum Terbuka Hati Nak Bercinta, Tetap Anggap Afieq Shazwan Kawan Baik - “Saya Sendiri Pun Masih…”

“Jejaka yang dalam video yang saya kongsikan sebelum ini adalah Evertts Gomez. Kenapa dia? Sebenarnya dia menang contest sidang media ‘Aiman Tino’.

“Kebetulan memang syarikat pengurusan saya buat benda itu sebagai kejutan untuk saya. Jadi, saya pun pilih secara random dan dia menarik perhatian saya pada hari tersebut.

“Tapi saya dan dia memang tak ada apa. Saya masih single… masih muda dan belum terfikir untuk kahwin,” kata Wani kepada Gempak.

Sisi berbeza

Dalam pada itu, Wani turut berkongsi sisi berbeza pelakon drama siri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi yang dilihat seorang yang ‘introvert’.

“Saya rasa Evertts ini, walaupun kita nampak dia macam ‘bad boy’ tapi secara peribadi dia seorang yang ‘soft spoken’, dan seorang yang introvert sebenarnya.

“Dia seorang yang kita kena ajak berborak. Terbalik dengan saya,” ujarnya yang turut berada dalam satu syarikat pengurusan yang sama iaitu Rocketfuel.
Topic Berkaitan
#Aiman Tino
#Wani Kayrie
#Evertts Gomez
#Jejaka misteri
#Video Wani Kayrie
Must-Watch Video