Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Exists, Ungu ‘Berentap’ Di Pentas Konsert Pada 14 Julai Ini

Gempak
07/07/2024 08:25 MYT
Impian dua buah kumpulan popular Exists dan Ungu untuk beraksi di atas satu pentas konsert berskala besar akan terlaksana.

Berentap

Kedua-dua band berpengaruh itu bakal berkongsi pentas pada 14 Julai ini pukul 8 malam, menerusi Konsert Hari Peneroka Felda 2024 di Maeps Serdang.

Lebih istimewa, konsert ini dibuka kepada orang ramai secara percuma!

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa Lagu Tak Mungkin Berpaling & 24 Hit, Exists X Orkestra Bukan ‘Pernikahan Aneh’ Tapi Luar Biasa Enak

ARTIKEL BERKAITAN: “Exists Ini Saya Suka Lagunya, Namun Belum Pernah Jumpa Orangnya” - Pasha Ungu

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali, Rahsia Pohon Cemara Dihasilkan Versi Berbeza Demi Exists X Orkestra

ARTIKEL BERKAITAN: Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!

ARTIKEL BERKAITAN: Terharu Sokongan Peminat, Kumpulan UNGU Tambah Satu Malam Lagi Untuk Konsert Di Kuala Lumpur

Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hits daripada dua buah kumpulan ini.

Setelah selesai berkonsert, para pengunjung boleh terus menunggu perlawanan akhir EUFA EURO 2024 yang dipancarkan di layar lebar LED usai konsert.

Jangan lepaskan peluang menemui Exists dan Ungu dan juga kunjungi sambutan Hari Peneroka FELDA bermula 12 hingga 14 Julai 2024 di MAEPS Serdang.

#Konsert #Ungu #Exists #Satu Pentas