HIBURAN
Eyka Farhana Seronok Belajar Masakan Kedah, Akhyar Rashid Suka Ketam Masak Lemak – “Kami Dah Naik Berat Badan”
Pasangan, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid mengakui berat badan mereka melonjak selepas hampir sebulan mendirikan rumah tangga.
Berat Naik Lepas Kahwin
Kongsi Eyka dan Akhyar, kini fokus mereka adalah mengenai masa hadapan selepas selesai melangsungkan perkahwinan.“Perubahannya adalah makan banyak, kami sebenarnya sudah naik berat badan sedikit.
“Sebelum kahwin kami fikirkan tentang kerja dan hal-hal majlis kahwin. Lepas kahwin ini rasa lega.
“Perbualan saya dan Akhyar selalunya tentang masa hadapan, macam mana nak baiki diri kita, dia tetap jadi kawan baik saya,” ujar Eyka dan Akhyar kepada Gempak.
Akhyar Suka Masakan Kampung
Eyka yang gemar memasak itu turut berkongsi juadah makanan kegemaran Akhyar iaitu ketam masak lemak dan masakan kampung.
“Sebelum ini Eyka memang banyak masak.
“Akhyar sangat sukakan ketam masak lemak, dia sangat senang, kalau tanya nak makan apa, ikan goreng dengan sambal belacan pun dah okay.
“Akhyar sangat simple, lagi-lagi masakan kampung. Asalkan ada ikan goreng dan sambal belacan,” kongsi Eyka.
Belajar Masakan Kedah
Ditanya apakah sudah mempelajari masakan negeri Kedah, Eyka memaklumkan dia sudah belajar memasak laksa hasil daripada tunjuk ajar kakak iparnya.
“Akhyar suka laksa, nasib baik saya belajar resipi daripada kakak ipar saya.
“Ada beberapa kali saya belajar buat laksa, kalau saya buat 2 kilogram ikan, Akhyar boleh habiskan dalam masa satu hari dia seorang saja.
“Tambah keluarga Akhyar dulu memang berniaga menjual laksa,” kongsi pasangan ini lagi.
Untuk info, Eyka Farhana dan pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selamat disatukan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di The Lake Ampang, Kuala Lumpur, pada 2 Mei lalu.
Must-Watch Video