VIRAL
Nafi Pernah Curang, Chazynash Hanya Rapat Dengan Seorang Wanita Sejak Mei - “Tiada Orang Ketiga Terlibat Dalam…”
Dituduh berlaku curang ketika masih bergelar suami, pempengaruh Chazynash tampil menegaskan punca perceraiannya dengan bekas isteri bukan disebabkan orang ketiga.
Tiada orang ketiga
Menerusi perkongsian di Instagram, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah memberitahu tiada sefahaman antara punca perkahwinannya dengan Fatin Morat berakhir.
ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi Terjawab, Pempengaruh Chazynash Sahkan Sudah Bercerai - “Dalam Hal Ini,Saya Yang Bersalah”
ARTIKEL BERKAITAN: "Video Pun Dah Delete”- Instafamous Prank Pakai Gelang Pink, Chazynash Mengaku Content Tak Sesuai
ARTIKEL BERKAITAN: Instafamous Mohon Maaf Buat Prank Pakai Gelang Pink! - "Video Itu Hanya Syok-Syok Sahaja"
“Memandangkan dah jadi makin merapu, saya ingin membuat penjelasan berkenaan isu yang sedang tular di Threads melibatkan diri saya.
“Untuk makluman, tiada orang ketiga yang terlibat dalam perceraian saya bersama Fatin Morat.
“Ketidaksefahaman dalam perkahwinan kami telah berlaku beberapa kali dan kami telah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik.
“Kami sah bercerai pada Januari 2025. Sepanjang tempoh idah, saya dan Fatin menjaga batas dan saling menghormati perasaan masing-masing,” kongsinya.
Rapat sejak Mei
Bagi menjawab dakwaan dia berlaku curang, pempengaruh berusia 36 tahun itu mengakui dirinya hanya mula berkenalan dan rapat dengan seorang wanita beberapa bulan selepas bercerai.
“Berkaitan dengan Threads yang sedang tular itu, ingin saya jelaskan bahawa saya mula berhubung dengan individu berkenaan hanya bermula beberapa bulan selepas penceraian dan menjadi lebih rapat sejak Mei,” katanya.
Di akhir perkongsian, Chazynash memaklumkan dia dan Fatin masih menjaga hubungan baik selepas bercerai demi kebajikan anak-anak mereka.
Mohon henti spekulasi
“Saya dan Fatin Morat sudah pun berbaik-baik demi keharmonian anak-anak, jadi janganlah mengeruhkan lagi keadaan. Terima kasih atas keprihatinan dan hormat anda.
“Saya juga ingin menegaskan kepada semua pihak, termasuk akaun palsu, agar berhenti menyebarkan cerita tidak berasas itu.
“Saya mohon agar semua pihak menghentikan penyebaran & menokok tambah cerita yang tidak benar itu.
“Sekiranya ada sebarang ketidakpuasan, kami terbuka untuk berbincang secara bersemuka. Saya mohon agar segala tohmahan dan spekulasi yang boleh mencemarkan nama baik kami dihentikan segera,” ujarnya.
Terdahulu, tular beberapa ciapan di aplikasi Threads yang mendakwa Chazynash berlaku curang sehingga menyebabkan perceraiannya dengan Fatin.
Imbas kembali, Chazynash mengesahkan dia sudah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran dimuat naik di IG.
Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.
Must-Watch Video