HIBURAN
Hampir Jadi Puteri Bunian, Sebulan Elfira Loy Sengsara Gara-Gara Diganggu Makhluk Halus - “Saya Mula Rasa Resah, Panas…”
Pelakon Elfira Loy berkongsi pengalaman menakutkan apabila diganggu makhluk halus sehingga hampir ‘disunting’ sebagai puteri bunian.
Detik menyeramkan
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, memberitahu detik menyeramkan itu berlaku ketika jalani penggambaran sebuah drama dilakukan di sebuah chalet di Hulu Langat.
“Lebih 30 hari saya berlakon dan lebih 30 hari juga saya sengsara nak melawan ‘benda’ itu.
“Cerita ini tentang budak-budak sekolah agama, jadi penggambarannya adalah di sebuah chalet yang sangat cantik,” katanya menerusi Podcast Di TikTok Sembang Seram.
Gangguan bermula
Tambah pelakon berusia 31 tahun ini, gangguan tersebut bermula selepas dia mengambil gambar berdekatan sebatang pokok menjelang waktu maghrib.
“Saya memang suka pokok dan bunga. Hari itu saya bergambar di kawasan pokok, tak sedar pun waktu hampir maghrib.
“Esoknya saya mula rasa resah, panas dan tak selesa langsung. Perasaan itu buat saya gelisah sepanjang penggambaran,” kongsinya.
Watak dalam drama
Lebih teruk lagi, gangguan itu juga berlanjutan sehingga dia terpaksa dibantu seorang kru lelaki yang mendakwa dirinya arif dalam hal mistik.
ARTIKEL BERKAITAN: "Mereka Buatkan Saya Meremang!" - Elfira Loy Terbang Ke Qatar, Timba Ilmu Angkat Martabat Wanita Muslim
ARTIKEL BERKAITAN: "Orang Ingat Saya Suka, Sebenarnya Tidak" - Elfira Loy Buka Cerita Jadi Pelakon Demi Bantu Ibu, Buang Jauh Sifat Introvert
“Ada seorang abang ni selalu tanya saya okey atau tidak. Dia pergi ke belakang saya, katanya rasa panas sangat.
“Dia cakap anak-anak bunian ikut saya balik. Mereka tertarik sebab saya bergambar dekat kawasan pokok buluh.
“Saya baru teringat watak saya dalam drama itu menggunakan nama puteri bunian. Jadi mereka nak saya jadi salah seorang daripada mereka. Saya rasa sangat lemah dan tak bermaya.
“Selain itu, benda jahat lain pun turut berminat dengan saya,” ujarnya.
Elfira mengakui pengalaman itu benar-benar mengubah persepsinya terhadap dunia ghaib dan kini lebih berhati-hati terutama ketika berada di lokasi sunyi.
@sembangseram lepasni nk amik gambar kena hati2 weh🥹 #Elfiraloy #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Ceritahantu #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast ♬ original sound - sembangseram
Must-Watch Video