gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Tekak Terganggu, Cari Makanan Halal Payah" - Amsyar Lee
HIBURAN
14 Tahun Berkawan, Anas Zahrin Jawab Tuduhan Bercinta Dengan Cik Epal Hanya Untuk Gimik - “Yes, I Do Love Her…”
HIBURAN
Ben Amir Dedah Sedang Jalin Hubungan Dengan Wanita Filipina - “Dia Bukanlah Punca Saya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

"Guru Jalin Hubungan Sulit Dengan 'Lelaki Wiring' Direhatkan" - Fadhlina Sidek

gempak
Gempak
28/05/2025
02:25 MYT
Sponsor Banner
"Guru Jalin Hubungan Sulit Dengan 'Lelaki Wiring' Direhatkan" - Fadhlina Sidek
Seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di Melaka telah direhatkan daripada tugas mengajar bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pendawaian elektrik (wiring).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, siasatan sedang dijalankan secara rasmi dan Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius isu tersebut terutama apabila ia melibatkan integriti dan akhlak seorang pendidik.
“Saya ingin berikan jaminan apabila yang dikaitkan dengan integriti guru dan akhlak, KPM ambil serius, baik yang dilakukan secara rasmi, perkara ini dalam siasatan dan kita mengambil tanggungjawab penuh untuk pastikan guru-guru kita ini mematuhi semua integriti dan etika perguruan yang kita tetapkan oleh KPM.
“Jadi jaminan kita itu adalah bahawa kita sangat menjaga soal etika dan integriti guru dan mudah-mudahan guru-guru ini kita ingatkan dari semasa ke semasa tentang integriti serta etika perguruan.
“Tanggungjawab itu ada pada KPM dan yang pastinya kita akan mengingatkan guru-guru kita tentang tingkah laku mereka, baik di dalam sekolah atau di luar sekolah kerana mereka membawa imej perguruan dan seorang pendidik yang dilihat sebagai teladan,” katanya ketika diminta mengulas berhubung tular perbualan seorang guru menjalinkan sulit dengan suami orang.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, guru tersebut kini telah direhatkan daripada tugasan mengajar, namun masih menjalankan tanggungjawab sebagai kakitangan awam sementara siasatan diteruskan.
“Kita sudah pun mengambil langkah untuk memastikan bahawa siasatan berlangsung dan dia (guru terbabit) akan berada dalam proses siasatan itu dan maknanya kita ambil tegas untuk pastikan tiada gangguan dalam siasatan tersebut.
“Jadi dia tidak berada dalam (sekolah), kita keluarkan dan tempatkan untuk penugasan lain supaya siasatan berlangsung dengan lebih mudah… erti kata lain dia direhatkan daripada mengajar tapi masih menjalankan tugas sebagai kakitangan awam sementara siasatan diteruskan,” jelas beliau.
Terdahulu, tular guru wanita menjadi mangsa kecaman selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang tampil memohon maaf.
Ia susulan perbuatan tidak bermoral guru itu terbongkar apabila beberapa tangkap layar perbualan berunsur lucah antara dia dengan lelaki berkenaan tular di aplikasi WhatsApp.
Sumber: MalaysiaGazette
Topic Berkaitan
#Viral
#Kontroversi
#Guru
#Menteri Pendidikan
#Rehat
#Fadhlina Sidek
#Abang Wiring
Must-Watch Video