Genap 11 hari selepas kelahiran cahaya mata kedua, pengacara dan penyampai radio, Muaz Mohamed dan isterinya, Ediana Aziz telah berkongsi nama permata hati mereka.

Menerusi muat naik status di laman Instagram milik Muaz, dia mengumumkan nama anaknya, Ezra Mikhail.

"Asssalamualaikum semua nama saya Ezra Mikhail bin Muazanazzudin, salam perkenalan," tulisnya.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen memuji ketampanan Ezra dari kecil serta teruja dengan keunikan nama kedua Muaz.

Muaz dan Ediana mendirikan rumah tangga pada Februari 2013.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Emirza Mukhri, 6 dan Ezra Mikhail yang dilahirkan pada 19 Februari lalu.

Assalamualaikum Semua Nama Saya Ezra Mikhail bin Muazanazzudin, Salam Pekenalan ? #ezramikhail #newborn #fatherson #love #babyboy

A post shared by MuazMohamed (@heymuazkoolfm) on