Di usia 24 tahun, pelakon Ezzanie Jasny sudah berjaya memiliki kereta idamannya iaitu kereta jenis Mercedes Benz model A180.

BERITA TRENDING: "Kami Tak Ada Declare Apa-Apa Yang Serius" - Ezzanie Jasny Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Noki…

Menganggap ia satu rezeki daripada Allah, Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny berkata kereta itu merupakan hadiah untuk dirinya yang sudah bekerja keras.

“Bagi saya itu satu rezeki daripada Allah. Saya ini bila dah buat satu kerja yang saya rasa ‘aku perform la’. Saya nak hadiahkan diri saya sesuatu la. Kereta Merc adalah salah satu my wishlist la untuk dapatkan.

“Jadi, saya gunakan rezeki yang ada untuk miliki apa yang saya nak. Memang saya tak jangka dapat kereta itu di usia sekarang. Tapi Alhamdulillah, diberikan rezeki.

“Bagi saya, bila saya ada sesuatu yang berharga… somehow bagi saya motivasi untuk saya bekerja. Saya kena kerja, saya memang jenis tak boleh duduk diam,” katanya kepada Gempak.

Ezzanie ditemui ketika malam tayang episod akhir drama siri popular Layang-Layang Perkahwinan di Hotel Tenera, Bangi baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ezzanie turut mempunyai satu lagi kereta idamannya iaitu Proton X50 yang kini diberikan kepada keluarganya.

“Sebenarnya, sebelum saya nak Proton… memang saya nak Merc. Tapi masa saya shooting, ada banyak dugaan saya kena hadap waktu itu. Jadi, kereta Proton itu dulu yang dapat.

“Sekarang ini, kereta itu saya beri kepada keluarga untuk kegunaan mereka,” ujarnya lagi.