Berita

Faisal Halim Tidak Mahu Hidup Dalam Ketakutan: “Saya Sanggup Kerja Gaji RM50 Asal Keluarga Selamat”

Gempak
13/06/2024
07:43 MYT
Bintang Selangor FC, Faisal Halim, mengakui tidak boleh terima dirinya disimbah asid dalam satu insiden di Damansara pada awal bulan lalu.

Faisal Halim mengalirkan airmata

Dalam sidang media hari ini, Faisal dalam keadaan penuh emosi dan mengalirkan air mata, berkata: "Pada awalnya, sewaktu minggu kedua, saya katakan kepada Datuk (Seri Shahril Mokhtar, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC), saya sanggup hilang gaji saya berpuluh ribu untuk berhenti bermain bola asalkan saya selamat, keluarga saya selamat.
"Tetapi apa yang memberikan semangat dan apa yang Datuk janjikan kepada saya, 'Miki saya tahu awak mampu teruskan, saya jaminkan keselamatan awak dan keluarga awak'. Berita Trending: Luka Faisal Halim Masih Lagi Basah

Berita Trending: Faisal Halim Disimbah Asid: “Apa Kena Mengena Dengan Saya” - Tunku Mahkota Ismail

Berita Trending: CCTV Dipercayai Rakaman Insiden Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Tular

Berita Trending: Berkulit Sawo Matang Antara Ciri-Ciri Suspek Serangan Simbah Asid Faisal Halim

Berita Trending:Dah Pindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Teringin Makan Nasi Kandar

“Ketika itulah saya mula bersemangat untuk teruskan usaha saya untuk bermain bola semula.
"Saya katakan kepada keluarga saya, saya tidak kisah hilang gaji saya berpuluh ribu, saya hanya mahu pulang ke kampung untuk tenang.
"Saya sanggup bekerja dengan gaji RM100, RM50 sehari asalkan keluarga saya selamat, saya tidak perlu hidup dalam ketakutan.
"Sebab apa yang berlaku kepada saya ini memang sesuatu yang di luar jangkaan, yang memang saya tidak boleh terima.
"Keluarga saya semua dalam ketakutan tetapi doa orang ramai membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan karier saya."
Sumber: ASTRO ARENA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Syarikat Ini Tolak Gaji RM60 Jika Lewat 5 Minit Sampai Ke Tempat Kerja!

gempak
19/07/2024
11:25 MYT
Seorang pekerja tempatan menyuarakan kekecewaan di media sosial terhadap sebuah syarikat yang mengenakan penalti sebanyak RM600 jika kakitangan lewat satu jam sampai ke tempat kerja.
Viral

Dapat Bantuan RM1,500, Netizen Tak Puas Hati Wanita Tak Mahu Bekerja Sebab Selesa Minta Sedekah - "Ini Bukan Miskin Tapi Pemalas!"

gempak
09/07/2024
05:25 MYT
Isu meminta sedekah bukanlah sesuatu permasalahan yang baharu di negara ini. Walaupun ada segelintir peminta sedekah telah pun diberi bantuan, akan tetapi perbuatan tersebut masih dilakukan dek kerana kedegilan pihak itu sendiri.
Berita

Kerajaan Greece Mula Laksana Peraturan Kerja 6 Hari Seminggu

gempak
08/07/2024
11:55 MYT
Greece menjadi negara Kesatuan Eropah pertama yang melaksanakan kerja enam hari seminggu dalam usaha kerajaan meningkatkan produktiviti bekerja.
Viral

Gaji RM4,000 Tapi Pakai Honda Harga RM100,000, Pemuda Ini Akui Terbeban Hutang Bulanan

gempak
07/07/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki nampaknya belajar daripada kesilapan gara-gara membeli sebuah kereta jenis Honda Civic berharga RM100,000 hanya kerana mahu meraih perhatian daripada rakan-rakan.
Gaya Hidup

Pakar Psikologi Ini Dedah Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Alami ‘Work-Life Balance’ Yang Teruk

gempak
29/06/2024
03:55 MYT
Bayaran gaji rendah sehingga sanggup bekerja lebih masa demi meraih pendapatan tinggi menjadi faktor utama rakyat di Malaysia mempunyai keseimbangan hidup dan kerja yang teruk.